Print

Senarai Pengarah Kesihatan Negeri Perak

. Posted in MM-Profil

Bil Nama Tempoh Berkhidmat
1. Dr. E.A.Struthers 09.05.1946 - 18.03.1947
2. Dr. T.C.Wakefield 21.03.1947 - 27.10.1948
3. S.W.Eveson 28.10.1948 - 06.12.1952
4. Dr. A.A.Cameron 07.12.1952 - 08.05.1954
5. Dr. R.H.ISSAC 30.11.1954 - 27.11.1956
6. Dr. Chang Hoay Chan 28.11.1956 - 05.07.1957
7. Dr. L.W.Jayesuria 29.07.1957 - 14.12.1961
8. Dr. K.L.Verghese 15.12.1961 - 29.01.1964
9. Dr. S.Appudurai 01.02.1964 - 31.01.1967
10. Dr. Haji Abbas Bin Haji Alias 01.02.1967 - 14.03.1969
11. Dr. A.S.Sandhu 16.04.1969 - 29.12.1973
12. Dr. Sheikh Raihan Bin Hamzah 12.02.1974 - 21.04.1975
13. Dr. Ezaddin Bin Mohamed 01.06.1975 - 31.05.1978
14. Dato' Dr. Gurmukh Singh 16.08.1978 - 31.01.1981
15. Dato' Dr. Dharam Singh 01.06.1981 - 21.02.1982
16. Dr. Tan Ban Lee (Pemangku) 22.02.1982 - 16.01.1983
17. Dr. Jagjit Singh (Dato') 17.01.1983 - 16.11.1986
18. Datin (Dr.) K.B.Badsha 01.04.1987 - 16.10.1988
19. Dato' (Dr.) Martin Joseph (Memangku) 17.10.1988 - 15.03.1989
20. Dato' (Dr.) Che Rus Bin Mohamed Nor 16.03.1989 - 15.10.1990
21. Dr. Hj. Wan Mahmud Bin Othman 16.10.1990 - 31.07.1992
22. Dato' Dr. M.K.Haliaj Rahmatullah 01.08.1992 - 25.08.1995
23. Dr. Doraisingan A/L Ponnudurai 26.08.1995 - 16.03.1996
24. Dr. S.Noor Ghani 16.03.1996 - 30.06.1998
25. Dr. Lim Kuan Joo 01.11.1998 - 15.07.1999
26. Dato' Dr. Vyveganathan A/L Govinda Nair 16.09.1999 - 20.06.2000
27. Dato' Dr. Tee Ah Sian 20.06.2000 - 16.05.2001
28. Dato' Dr. Hj. Abdul Razak Hj. Kechik 16.05.2001 - 28.01.2004
29. Dato' Dr. Prathapa Senan A/L P.V.C Pillai 01.03.2004 - 13.09.2006
30. Dato' Dr. Hj. Ahmad Razin Bin Dato' Hj. Ahmad Mahir  25.09.2006 - 15.07.2012

31.

Dato' Dr. Hjh. Nordiyanah Binti Hj. Hassan 16.07.2012 - kini
Print

Sejarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak

. Posted in MM-Profil

Pejabat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak adalah merupakan Ibu Pejabat kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak Darul Ridzuan yang terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30590 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Pada asalnya ia merupakan sebuah rumah besar (mansion) yang dimiliki oleh Ahli Perniagaan Cina, Keluarga Foo yang dibina pada tahun 1910.

Pada awal 1938 (semasa penjajahan British) Kerajaan British telah mengambil alih bangunan ini untuk dijadikan sebuah Klinik Doktor bagi masyarakat Eropah di kawasan Ipoh. Kemudian ianya telah dijadikan Pejabat "Sanitary Board" (Lembaga Kebersihan) bagi Daerah Kinta sehingga era "Pendudukan Jepun".

Pada September 1945 Pentadbiran Ketenteraan British (British Military Administration-B.M.A) telah mula berfungsi. Pejabat Pengarah Perubatan dan Kesihatan pada ketika itu berpusat di Taiping. Apabila Pentadbiran Awam (Civil Administration) mula berfungsi pada 1 April 1946 bangunan ini dijadikan Pejabat Pengarah Perubatan dan Kesihatan Negeri. Pengarah Pertama adalah Dr. E.A Struthers yang berkhidmat mulai 9 Mei 1946 sehingga 18 Mac 1947.




Print

Piagam Pelanggan Jabatan Kesihatan Negeri Perak

. Posted in MM-Profil

TERAS PIAGAM

Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

1.
KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN
  1.1 Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada Jabatan ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosial-ekonomi.
  1.2 Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi perkhidmatan dengan segera.


2. TARAF PERKHIDMATAN
  2.1 Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  2.2 Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional.
  2.3 Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.


3. MAKLUMAT PERKHIDMATAN
  3.1 Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya.
  3.2 Setiap pelanggan boleh mendapat laporan mengenai perkhidmatan yang diterimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut peraturan yang ditetapkan.


4. PENDIDIKAN KESIHATAN
  4.1 Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.

KEWAJIPAN PELANGGAN

Untuk membolehkan Jabatan Kesihatan Negeri Perak melaksanakan Piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk :

(i)        Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan

(ii)       Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan

(iii)      Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.

Print

Carta Organisasi Jabatan Kesihatan Negeri Perak

. Posted in MM-Profil

  Dikemaskini : 1 November 2012
Print

Visi & Misi Jabatan Kesihatan Negeri Perak

. Posted in MM-Profil

Visi


Mengembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik

 

Misi


Misi Jabatan Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama :
i. Untuk memudah dan membolehkan rakyat :

    • mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
    • menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
    • mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka


ii. Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu :

    • mengutamakan pelanggan
    • saksama tidak membebankan
    • cekap wajar mengikut teknologi
    • boleh disesuaikan mengikut persekitaran
    • inovatif


iii. Dengan menekankan:

    • sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
    • sifat menghormati maruah insan
    • penglibatan masyarakat

Artikel Sebelumnya...

  Statistik Pelawat Paparan Terbaik Masa Capaian & Tarikh Kemaskini Pautan Multimedia & Sosial
 
Hari Ini449
Semalam706
Minggu Ini2659
Bulan Ini13177
Semua403766
Statistik Mulai Januari 2011
Resolusi skrin 1280 X 800 piksel dengan menggunakan
Mozilla Firefox 3.0 Ke Atas
Internet Explorer 7
Google Chrome
Masa Capaian: 0.38 saat
  • Kemaskini Terakhir: Selasa 22 April 2014, 12:17:42.