Kempen Keselamatan Makanan Peringkat Negeri Perak Tahun 2012

on .

Sukacita dimaklumkan Sambutan Kempen Keselamatan Makanan Peringkat Negeri Perak Tahun 2012 anjuran Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak akan diadakan seperti berikut:

Bertemakan "Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama"

Tarikh : 22hb September 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Mydin Mall, Meru Raya Ipoh
Kumpulan Sasaran : Murid Sekolah, Pengendali Makanan dan Orang Awam

Antara aktiviti yang disediakan :

Untuk Pelajar :
  • Pertandingan Mewarna, Doh Time, Membuat Sandwich, Jigsaw Puzzle, Teka Rasa,
    Play with Words, Creative Poster & Spell It Right
  • Persembahan Coral Speaking dari murid-murid SK Tarcisian Convent, Ipoh
Untuk Orang Awam & Industri Makanan termasuk Pengurus & Pengendali Makanan :
  • Pameran Keselamatan Makanan
  • Pendaftaran Premis Makanan
  • Kuiz Keselamatan Makanan
  • Pemeriksaan Kesihatan Percuma
  • Menderma Darah
  • Perkhidmatan Pemeriksaan Pergigian Percuma
  • Demo Penyediaan Makanan Secara Selamat & Tidak Selamat
  • Termasuk pameran dari pelbagai agensi luar dan unit-unit di bawah Jabatan Kesihatan Negeri,
    FAMA, JAIP, KPDNKK, SMECorp, SPR, Persatuan Pengguna dan sebagainya

    Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan
    di talian 05-2490200/201/202