Kawasan Larangan Merokok

on .

Senarai Kawasan Larangan Merokok Di Bawah Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Yang DiKuatkuasakan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

  1. Di dalam mana-mana pusat hiburan atau teater pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka kepada orang ramai kecuali mana-mana pub, disko, kelab malam atau kasino.
  2. Di dalam mana-mana hospital atau klinik
  3. Di dalam mana-mana lif awam atau tandas awam
  4. Di dalam mana-mana tempat makan berhawa dingin atau kedai berhawa dingin
  5. Di dalam mana-mana kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
  6. Di dalam mana-mana lapangan terbang
  7. Di dalam mana-mana premis kerajaan
  8. Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian
  9. Di mana-mana kawasan di dalam sesuatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi.
  10. Di mana-mana kawasan di dalam suatu taman asuhan kanak-kanak
  11. Di dalam mana-mana bas sekolah
  12. Di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam mana-mana bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Pos Malaysia Berhad.
  13. Di dalam mana-mana kompleks membeli-belah
  14. Di mana-mana kawasan di dalam suatu stesyen minyak
  15. Di mana-mana kawasan di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gymnasium
  16. Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
  17. Di mana-mana kawasan di dalam suatu perpustakaan
  18. Di mana-mana kawasan di dalam suatu kafe internet atau,
  19. Di mana-mana kawasaan di dalam Pusat Latihan Khidmat Negara.

Mana-mana orang yang didapati merokok di kawasan larangan merokok jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebarang aduan tuan/puan boleh berhubung dengan Unit Inspektorat Dan Perundangan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak di talian 05-2456000.

 

Senarai Kawasan Larangan Merokok Di Bawah Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Yang DiKuatkuasakan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

1.             Di dalam mana-mana pusat hiburan atau teater pada bila-bila mas apabila tempat itu dibuka kepada orang ramai kecuali mana-mana pub, disko, kelab malam atau kasino.

2.            Di dalam mana-mana hospital atau klinik

1.                   Di dalam mana-mana lif awam atau tandas awam

2.                   Di dalam mana-mana tempat makan berhawa dingin atau kedai berhawa dingin

3.                  Di dalam mana-mana kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam

4.                  Di dalam mana-mana lapangan terbang

5.                  Di dalam mana-mana premis kerajaan

6.                  Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian

7.                  Di mana-mana kawasan di dalam sesuatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi.       

8.                  Di mana-mana kawasan di dalam suatu taman asuhan kanak-kanak

9.                  Di dalam mana-mana bas sekolah

10.               Di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatandi dalam mana-mana bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Pos Malaysia Berhad.

11.                Di dalam mana-mana kompleks membeli-belah

12.                Di mana-mana kawasan di dalam suatu stesyen minyak

13.               Di mana-mana kawasan di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gymnasium

14.               Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan

15.               Di mana-mana kawasan di dalam suatu perpustakaan

16.               Di mana-mana kawasan di dalam suatu kafe internet atau,

17.               Di mana-mana kawasaan di dalam Pusat Latihan Khidmat Negara.

 

 

Mana-mana orang yang didapati merokok dikawasan larangan merokok jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebehi RM10,000 atau dipenjarakan selam tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-dua nya sekali.

 

Sebarang aduan tuan/puan boleh berhubung dengan Unit Inspektorat Dan Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri Perak di talian 05-2084200.