Klinik Bergerak 1Malaysia

on .

Objektif

Untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan secara klinik bergerak kepada penduduk di kawasan luar bandar yang jauh daripada kemudahan kesihatan statik sedia ada seperti di kawasan lading, kampung tradisional dan penempatan Orang Asli, sesuai dengan pendekatan kerajaan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Di Utamakan".

Konsep Klinik Bergerak 1Malaysia (KB1M)

KB1M berkonsepkan bas yang diubahsuai dan dilengkapi dengan peralatan perubatan mengambilkira skop perkhidmatan, aliran pesakit, praktikaliti, keselesaan dan keselamatan petugas serta pelanggan.