TAKLIMAT DAN SESI DIALOG BERSAMA PENGILANG AIS NEGERI PERAK

on .

Satu taklimat dan sesi dialog bersama pengilang ais negeri Perak yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang keperluan dalam pelesenan kilang ais dan membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pelesenan kilang ais telah diadakan pada 14 Januari 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Zamrud, Tingkat 7 Bangunan Tabung Haji, JKN Perak.

Seramai 48 orang peserta yang melibatkan anggota dari JKN, PKD dan dua orang pegawai dari KKM serta pengilang ais seluruh negeri Perak telah hadir pada program ini.


# Sumber berita dari Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan
   Jabatan Kesihatan Negeri Perak