Taklimat & Sesi Dialog Bersama Pemilik MJA Negeri Perak

on .

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah menganjurkan satu taklimat & sesi dialog bersama pemilik mesin jual air di negeri Perak yang bertujuan untuk memberi maklumat terkini tentang keperluan dalam pelesenan mesin jual air serta membincangkan isu-isu yang berkaitan dengannya.

Program ini telah dihadiri oleh 45 orang peserta yang terdiri daripada anggota JKN Perak, Pejabat Kesihatan Daerah, pegawai dari KKM serta pemilik mesin jual air seluruh negeri Perak

# Sumber berita daripada Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan
   Jabatan Kesihatan Negeri Perak