KEMPEN KESELAMATAN MAKANAN PADA BULAN RAMADAN 1441H

on .

 KEMPEN KESELAMATAN MAKANAN PADA BULAN RAMADAN 1441H,

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK

 

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak amat prihatin dalam memastikan tahap keselamatan makanan orang ramai terpelihara daripada sebarang punca pencemaran yang boleh mengakibatkan kejadian yang tidak diingini.

Justeru itu, Jabatan ini telah mengambil inisiatif untuk mempromosikan keselamatan makanan dengan menitikberatkan pengamalan kebersihan tangan ('clean hands') melalui pelancaran Kempen Kesedaran Kebersihan Tangan Peringkat Negeri Perak 2020 yang bertemakan #HentiSebarkanKuman pada bulan Ramadan 1441H

Antara tujuan Kempen Kesedaran Kebersihan Tangan 2020 ini diadakan adalah untuk:

  1. Meningkatkan kesedaran penyedia makanan atau pengendali makanan mengenai kepentingan menjaga kebersihan tangan bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman yang berbahaya dari tangan yang kotor;
  2. Membudayakan amalan kerap membasuh tangan dan mengendalikan makanan dengan tangan yang beralas semasa mengendalikan makanan;
  3. Meningkatkan tahap pematuhan penyedia makanan atau pengendali makanan terhadap kebersihan tangan; dan
  1. Mengelakkan penyakit bawaan makanan terutamanya keracunan makanan memandangkan tangan merupakan sumber utama dalam menyumbang kepada pencemaran dan penyebaran kuman kepada makanan.

 

Semua penyedia makanan atau pengendali makanan disarankan agar sentiasa mengamalkan kebersihan serta mengutamakan aspek keselamatan makanan dalam penyediaan dan penjualan makanan tanpa mendedahkan makanan kepada bahaya mikroorganisma, kimia dan fizikal bagi menjamin makanan yang dijual adalah bersih, selamat dan berkualiti.