Pengambilan Anggota Rombongan Perubatan Malaysia Ke Tanah Suci Bagi Musim Haji 1433 Hijrah / 2012 Masihi Dari Jabatan Kesihatan Negeri

on .

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Tabung Haji mempelawa penjawat awam yang terdiri daripada beberapa jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menganggotai Rombongan Perubatan Malaysia ke Tanah Suci bagi Musim Haji Tahun 1433H / 2012M.

Sehubungan itu, pihak Kementerian mempelawa permohonan dari mana-mana anggota yang belum pernah berkhidmat dengan rombongan perubatan haji untuk membuat permohonan. Borang boleh dimuat turun melalui Portal Kementerian Kesihatan www.moh.gov.my di Seksyen Warga KKM bahagian maklumat terkini.

Borang permohonan daripada warga JKN Perak hendaklah diserahkan kepada Bahagian Pengurusan, JKN Perak selewat-lewatnya 2 Februari 2012.