MESYUARAT KHAS KETUA PENGARAH KESIHATAN (KPK) BIL. 4/2016 PADA 11 OGOS 2016 HINGGA 13 OGOS 2016 DI BELUM RAINFOREST RESORT

on .

1.      Jabatan Kesihatan Negeri Perak adalah tuan rumah bagi Mesyuarat Khas Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) Bilangan 4/2016 yang diadakan pada 11 Ogos 2016 hingga 13 Ogos 2016 di Belum Rainforest Resort.


2.       Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah:

         2.1 Mesyuarat bersama Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) KKM di Bilik Pavilion, Belum Rainforest Resort.
         2.2 Senamrobik bersama-sama ahli mesyuarat -“Warga Sihat Warga Produktif
         2.3 Lawatan Muhibbah ke kem askar (Kem Seri Banding)
         2.4 Majlis Jasamu Di Kenang dan makan malam bersama KPK di Sidai Restauran, Belum Rainforest Resort.
         2.5 Lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Kemar bagi program ‘Community Feeding’ bagi komuniti orang asli setempat. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah:
              Majlis Perasmian Kem Kesihatan Orang Asli RPS Kemar;
              (i) Ucapan Pegawai Kesihatan Daerah, wakil Tok Batin dan Ketua Pengarah Kesihatan KKM
              (ii) Gimik Perasmian
              (iii) Persembahan kanak-kanak orang asli
              (iv) Penyampaian Hadiah & Cenderahati
              (v) Kudapan Buah & Makanan Tradisional Orang Asli
              (vi) Lawatan ke Klinik Kesihatan Kemar

             Aktiviti sampingan Kem Kesihatan Orang Asli RPS Kemar;
             (i) Senamrobik
             (ii) Pemeriksaan Kesihatan
             (iii) Kuiz Kesihatan
             (iv) Pameran
             (v) Sukaneka

         2.6 Perjumpaan dan sesi ramah mesra warga kesihatan di Klinik Kesihatan Kemar.

Gambar sepanjang program boleh dimuat turun di Galeri Foto Portal Rasmi JKN Perak.