Pertandingan Video Kreatif Imunisasi 2017

on .

Sukacita dimaklumkan Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan Kempen Penggalakan Imunisasi Kebangsaan bermula pada tahun 2016 hinga 2020. Sehubungan dengan itu, satu pertandingan video kreatif imunisasi akan diadakan bagi mempromosi Kempen Penggalakan Imunisasi bagi tahun 2017.

Objektif pertandingan ini adalah untuk :

  1. Meningkatkan kefahaman tentang isu dan perkembangan terkini berkaitan imunisasi;
  2. Menggalakkan golongan 18 tahun ke atas khususnya ibubapa/penjaga mendapatkan maklumat yang betul dan tepat melalui pembacaan atau secara atas talian mengenai imunisasi dan usaha-usaha KKM dalam menangani penyakit cegahan vaksin;
  3. Menyedia platform kepada golongan 18 tahun ke atas untuk mengadvokasikan sokongan terhadap imunisasi;
  4. Memberi peluang kepada golongan 18 tahun ke atas untuk mengekspresikan pendapat dan idea berkaitan imunisasi secara kreatif.

Sila klik untuk borang dan syarat penyertaan Pertandingan Video Kreatif Imunisasi

Tema
: Anda Sihat Kerana Imunisasi Melindungimu
Tarikh Tutup Penyertaan : 30 Jun 2017