KE ARAH JKN PERAK BEBAS ASAP ROKOK

on .

 

Untuk makluman, kawasan premis kerajaan merupakan salah satu kawasan larangan merokok yang termaktub di bawah Peraturan 11(1)(h), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT) di dalam Akta Makanan 1983.

Berkuatkuasa mulai 1 Julai 2017, Unit Inspektorat dan Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri Perak akan mejalankan penguatkuasaan PPKHT 2004 di dalam kawasan Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Bangunan Tabung Haji dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak.

Sesiapa yang didapati melakukan kesalahan merokok di dalam kawasan premis kerajaan akan dikenakan kompaun minimum sebanyak RM250. Jika gagal membayar kompaun, pesalah akan didakwa di mahkamah dan boleh didenda tidak melebihi RM 10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun.

Kepada sesiapa yang berniat untuk berhenti merokok, boleh menghubungi Dr Muhammad Fikri Bin Azmi (Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit) di nombor sambungan 6228 untuk menyertai Klinik Berhenti Merokok.