Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Seksual & Reproduktif Remaja Peringkat Kebangsaan 2017

on .

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menganjurkan Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Seksual & Reproduktif Remaja Peringkat Kebangsaan 2017 bertemakan ‘Hargai Diri, Amalkan Gaya Hidup Sihat’ (Value Yourself, Practice Healthy Lifestyle).

Pertandingan ini dibuka mulai 1 Jun 2017 hingga 31 Ogos 2017 dan boleh disertai oleh semua warganegara Malaysia yang berumur 13 hingga 24 tahun. 

Objektif Pertandingan ini adalah untuk :
  1. Meningkat kesedaran dan pengetahuan golongan remaja mengenai isu-isu semasa berkaitan kesihatan seksual & reproduktif remaja
  2. Menghasilkan bahan pendidikan kesihatan seksual & reproduktif yang kreatif dari remaja kepada remaja serta menyebarluaskan maklumat berkenaan kesihatan seksual & reproduktif secara kreatif melalui media sosial.
  3. Menggalakkan remaja mengamalkan gaya hidup sihat bagi mencegah dan mengawal masalah kesihatan seksual & reproduktif.
  4. Memperkasakan remaja mengenai kebaikan dan keburukan media sosial berkaitan isu seksual & reproduktif seperti pornografi, seks siber, buli siber, online grooming, eksploitasi seksual, peras ugut seksual dan lain-lain.


Klik untuk muat turun borang dan syarat penyertaan