Laman Web MyNutri

on .

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membentuk laman web MyNutri yang boleh dilayari di http://mynutri.moh.gov.my, portal Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu http://www.moh.gov.my atau laman web Bahagian Pemakanan iaitu http://nutrition.moh.gov.my.

Di antara kandungan laman web tersebut adalah:

  • panduan makan secara sihat
  • resepi sihat
  • menu sihat
  • kandungan kalori
  • aktiviti bagi membakar kalori dalam badan
  • ‘Keperluan Kalori Saya’ bagi membantu dalam pengurusan berat badan.