Gotong Royong & Promosi Kesihatan di Kawasan Klinik Kesihatan Manjoi dan Persekitarannya

on .

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan mengadakan Gotong Royong & Promosi Kesihatan di kawasan Klinik Kesihatan Manjoi dan persekitarannya bersempena Program Turun Padang Y.Bhg Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada ketetapan berikut:

Tarikh : 13 Disember 2014 (Sabtu)
Masa : 6.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Klinik Kesihatan Manjoi, Ipoh
Aturcara Program : Aturcara

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membersihkan kawasan di sekitar Klinik Kesihatan Manjoi dan kawasan persekitarannya dalam usaha mempertingkatkan kesedaran kepada orang awam tentang langkah-langkah pencegahan pembiakan nyamuk AEDES.

Disamping itu juga, program ini bersempena Program Turun Padang Y.Bhg Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang dijadualkan pada awal tahun 2015.