Pelaksanaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2015

on .

Sukacita dimaklumkan bahawa Key Performance Indicator (KPI) HRMIS Ketua Setiausaha/Ketua Pengarah Kesihatan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melibatkan 5 Kriteria pengemaskinian maklumat di dalam aplikasi HRMIS iaitu:

  1. Pengemaskinian Data Perjawatan: Perbandingan Bilangan Perjawatan Di Antara MyPost dan HRMIS;
  2. Pemurnian Data Perjawatan, Rekod Peribadi dan Profil Perkhidmatan Bagi Memastikan Kesemua Elemen Data Yang Ditetapkan Adalah Berintegriti;
  3. Pelaksanaan Fungsi Sasaran Kerja Tahunan;
  4. Pelaksanaan Modul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan; dan
  5. Pelaksanaan Submodul Perisytiharaan Harta.
Sehubungan dengan itu, bagi pelaksanaan Sasaran Kerja Tahunan tahun 2015, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan warga kerja di Jabatan Kesihatan Negeri Perak menyediakan SKT melalui aplikasi HRMIS sehingga 28 Februari 2015 dan tarikh akhir pengesahan SKT oleh Pegawai Penilai Pertama selewat-lewatnya pada 31 Mac 2015.

Jadual pelaksanaan SKT melalui aplikasi HRMIS tahun 2015 bagi semua anggota adalah sepertimana di dalam Jadual Pelaksanaan SKT melalui aplikasi HRMIS tahun 2015 (Klik Sini).

  Pelaksanaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Tahun 2015