Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015

on .

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 bermula pada 1 Mac 2015 hingga 30 Jun 2015 di seluruh negara, di 10,000 kediaman yang telah dipilih secara rawak dengan melibatkan 40,000 penduduk. Tinjauan akan dilaksanakan oleh Institut Kesihatan Umum dengan kerjasama pelbagai jabatan di bawah KKM dan Institusi Pengajian Tinggi.

Sehubungan itu, semua yang terpilih diharap dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menambahbaik program kesihatan rakyat Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web IKU www.iku.gov.my atau hubungi Bilik Operasi NHMS di talian 03-22979595 (jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang) atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .