Aplikasi MyNutriApps II : MYNutriDiari

on .

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membentuk aplikasi telefon
pintar "MyNutriApps ll: MyNutriDiari". Aplikasi ini telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia pada 17 Februari 2015.

Objektif aplikasi ini adalah untuk meningkat pengetahuan dan kemahiran masyarakat mengenai amalan makan secara sihat melalui medium komunikasi terkini. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh memantau pengambalian kalori harian dan berat badan. Selain itu, pengguna juga boleh mengetahui saranan keperluan kalori harian berdasarkan berat badan semasa, status berat badan dan tahap aktiviti fizikal mereka.

Klik untuk muat turun --> Buku Panduan Penggunaan Aplikasi MyNutriDiari