Perkhidmatan Sesi Kaunseling : Unit Psikologi Kaunseling JKN Perak

on .


Kaunseling adalah satu proses yang sistematik dalam hubungan menolong berdasarkan prinsip psikologikal yang dilaksanakan oleh Kaunselor Berdaftar mengikut terma di dalam Kod Etika Kaunseling. Ia adalah bagi mencapai perubahan, pembangunan & penyesuaian kendiri yang berlaku secara sukarela, holistik & di ingini oleh klien dan yang berterusan sepanjang hayat. Kesihatan fizikal dan Kesihatan mental adalah aspek yang sangat penting untuk seseorang individu itu berfungsi dengan baik. Sebarang keraguan atau pertanyaan sila hubungi Pn. Hema Nair di talian 05-2456127