Objektif Organisasi MKA

on .

OBJEKTIF ORGANISASI

AM

Makmal Kesihatan Awam Ipoh (MKAI) berperanan menyediakan perkhidmatan makmal sebagai sebahagian daripada komponenpengawasan dan pemantauan penyakit serta pengawasan kualiti dan keselamatan makanan

SPESIFIK

  • Menyediakan perkhidmatan  makmal untuk siasatan wabak penyakit berjangkit
  • Menyediakan perkhidmatan makmal di dalam proses pemantauan danpengawasan terhadap semua penyakit berkaitan kesihatan awam
  • Melaksanakan aktiviti pemantauan keselamatan dan kualiti makanan.
  • Menyediakan perkhidmatan  makmal untuk penguasaan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
  • Menyediakan perkhidmatan  kemudahanan latihan dan pembangunan sumber manusia dalam aspek teknikal makmal.
  • Menyediakan perkhidmatan  makmal untuk semua kajian aktiviti pembangunan yang berkaitan dengan kesihatan awam.
  • Untuk merancang, membekal, melaksana dan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan pentadbiran dan kewangan.

PIAGAM PELANGGAN  MAKMAL KESIHATAN AWAM

  1. Menyediakan perkhidmatan analisa makmal yang cepat, cekap, tepat, boleh dipercayai dan memenuhi piawaian serta kehendak pelanggan.
  2. Menyediakan perkhidmatan kaunter yang cekap, efisyendan mesra pelanggan.
  3. Sentiasa bersedia dalam menghadapi wabakdan krisis.
  4. Menyediakan perkhidmatanpengurusan pentadbiran secara professional dan berkualiti.