Program Perubatan

on .

SOALAN LAZIM PROGRAM PERUBATAN

1.   Bagaimanakah saya boleh mendapatkan rawatan di klinik pakar hospital ?
Semua rawatan di klinik pakar adalah melalui sistem temujanji . Tarikh temujanji boleh diperolehi dari kaunter klinik pakar dengan  menghadirkan diri ke klinik pakar tersebut ataupun melalui panggilan telefon ke  klinik pakar .  Untuk rawatan kali pertama , pesakit haruslah membawa bersama surat rujukan daripada klinik kesihatan , hospital tanpa pakar ataupun surat rujukan dari klinik swasta.

2.    Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa bersama semasa mendapatkan rawatan di  hospital ?
Sila bawa bersama dokumen-dokumen berikut setiap kali Tuan/ Puan datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan :
  • Dokumen pengenalan : Kad pengenalan / Surat Beranak / Paspot
  • Kad Pesara : untuk pesara kakitangan awam
  • Surat Sekolah
  • Surat Jaminan atau maklumat eGL : untuk kakitangan awam
  • Kad pendaftaran Jabatan kebajikan Masyarakat : untuk pesakit OKU
  • Surat rujukan : sekiranya dirujuk dari hospital , klinik kesihatan atau klinik swasta

 3.    Di manakah saya boleh mendapatkan Laporan Perubatan ?
Laporan Perubatan akan dikeluarkan oleh Jabatan Rekod hospital di mana pesakit mendapatkan rawatan.Pemohon dikehendaki memohon melalui Borang Permohonan Laporan Perubatan. Pesakit yang berumur 18 tahun ke atas boleh memohon sendiri Laporan Perubatan . Bagi pesakit yang berumur di bawah 18 tahun, pesakit tidak sedarkan diri atau kurang upaya secara mental dan pesakit yang telah meninggal dunia, Laporan perubatan boleh dipohon oleh waris terdekat yang sah (isteri , suami , anak , ibubapa dan adik-beradik) dengan syarat dokuem yang membuktikan pertalian keluarga dikemukakan semasa permohonan.

 4.    Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan semasa memohon Laporan Perubatan ?
Sila bawa bersama dokumen-dokumen berikut semasa berurusan dengan Jabatan Rekod  :

  • Dokumen pengenalan : Kad pengenalan / Surat Beranak / Paspot
  • Salinan sijil nikah pemohon ( bukti pertalian keluarga)
  • Surat izin  yang ditandatangani oleh pesakit atau waris yang sah
  • Salinan kad rawatan pesakit atau kad temujanji pesakit / Salinan permit menguburkan / Salinan sijil kematian pesakit
  • Borang Permohonan Laporan perubatan atau borang khas (contohnya Borang Insuran , Borang PERKESO dsbnya)
  • Surat izin kedutaan (sekiranya pesakit Warganegara Asing yang tidak dapat memberikan  surat izin)
  • Resit Bayaran

 5.    Apakah kadar bayaran Laporan Perubatan? 

Jenis laporan

Kadar Bayaran (RM)

 Laporan Perubatan biasa oleh Pegawai Perubatan

40.00

 Laporan Perubatan ringkas oleh Pakar

80.00

 Laporan  Perubatan terperinci oleh Pakar (mengikut kerumitan laporan)

200.00- 1,000.00

 Laporan Perubatan untuk Warganegara Asing

2 kali ganda caj biasa

 Laporan Perubatan yang dipohon oleh Polis/ Mahkamah

Percuma

 Laporan Perubatan yang dipohon oleh Jabatan Kerajaan

Percuma

 Laporan Penjelasan

Percuma

Ujian Saringan HIV Bakal Pengantin

on .

Berapa lamakah keputusan ujian saringan HIV bakal pengantin boleh diperolehi?

Mengikut garis panduan, ujian saringan HIV bakal pengantin dijalankan melalui ujian pantas (rapid test) yang dijalankan di Klinik Kesihatan kerajaan. Keputusan melalui ujian pantas mengambil masa dalam tempoh 15 minit dan keputusan saringan akan dimaklumkan sebaik sahaja ia selesai pada hari yang sama. Sekiranya keputusan saringan didapati REAKTIF, ujian pengesahan (ELISA) perlu dijalankan yang mana 3ml darah akan diambil di klinik dan akan dihantar ke hospital. Untuk makluman, ujian pengesahan mengambil masa beberapa hari sehingga 2 minggu sebelum keputusan dikeluarkan.

Untuk makluman, semua bakal pengantin digalakkan untuk datang awal menjalani Ujian HIV Bakal Pengantin ini kerana keputusannya sah (valid) dalam tempoh 6 bulan untuk urusan perkahwinan nanti.

Pengurusan Mesyuarat

on .

Tempahan Bilik Mesyuarat

S: Bilangan bilik mesyuarat dan berapakah kapasiti bilik mesyuarat?

J: Terdapat 3 bilik mesyuarat di bawah pengurusan Unit Pentadbiran. Bilik Mesyuarat Nilam di Tingkat 1 bangunan Pentadbiran
(kapasiti 27 orang), Bilik Mesyuarat Delima di Tingkat 5 bangunan Tabung Haji (kapasiti 60 orang) dan Bilik Mesyuarat Zamrud di Tingkat 7 bangunan Tabung Haji (kapasiti 80 orang)

S: Bagaimana tempahan makan/minum dibuat?

J: Menghubungi urusetia melalui talian 05-2084200 samb 366 dan melengkapkan Lampiran A untuk kelulusan Ketua Program Pastikan peruntukan mencukupi.

Pengurusan Aset Alih JKN Perak

on .

S: Apakah yang dimaksudkan dengan Aset?
J: Aset terdiri daripada dua iaitu Aset Alih dan Aset Tidak Alih.  Aset tidak alih adalah seperti bangunan manakala aset alih adalah aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain seperti kenderaan, jentera, komputer alat-alat elektronik dan seumpamanya.
S: Apakah perbezaan antara harta modal dengan Inventori?
J: Harta modal ialah harga perolehan asalnya melebehi RM1,000 dan ianya memerlukan penyelenggaraan manakala Inventori pula ialah harga perolehan asalnya kurang dari RM1,000 dan tidak memerlukan penyelenggaraan. Aset seperti perabot, permaidani dan pinggan mangkuk adalah dikategorikan sebagai inventori (tanpa mengira nilai perolehan).
S: Bagaimana proses tindakan pelupusan dijalankan?
J: Menerima permohonan yang lengkap dari PTJ melalui borang-borang berikut;
  • Kew PA17 (Laporan Lembaga Pemeriksa)
  • Kew PA 16 (Perakuan Pelupusan PEP)
  • Menentukan kuasa melulus dan menyemak bidang kuasa pelulus. Kurang RM10,000 seunit aset dan tidak melebihi RM100,000 secara agregat adalah dibawah kuasa pelulus Pengarah Kesihatan Negeri. Melebihi RM100,000 bagi seunit aset dan melebihi RM200,000 secara agregat adalah bidang kuasa pelulus Bahagian Perolehan dan Penswastaan KKM.
S: Apakah tindakan jika berlaku kehilangan aset?
J: Proses yang perlu dipatuhi jika berlaku kehilangan sesuatu aset ialah;
  • Laporkan kehilangan kepada Ketua Jabatan/Penyelia yang bertanggungjawab.
  • Membuat laporan Polis dalam tempoh 24 jam dari waktu kehilangan diketahui.
  • Ketua Jabatan hendaklah menyediakan Laporan Awal Kew PA-28.
  • Ketua Jabatan hendaklah menghantar laporan awal Kew-PA 28 dan laporan Polis kepada Pegawai Pengawal Jabatan (Kementerian Kesihatan Malaysia) melalui faks dalam masa 2 hari dan salinan laporan ke :

i)      JKN Perak.

ii)     Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Putrajaya

iii)    Ketua Audit Negara, Putrajaya

iv)    Jabatan Audit Negara, Negeri Perak

S: Bagaimana untuk memiliki aset yang telah dilupuskan secara Jualan?
J: Permohonan memiliki pelupusan secara jualan hendaklah dikemukakan ke Unit Aset apabila tawaran sebut harga dikeluarkan.