Sempena Sambutan Bulan Pemakanan Sihat Malaysia 2011 Peringkat Negeri Perak

on .

Sukacita dimaklumkan Unit Zat Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak akan menganjurkan Sambutan Bulan Pemakanan Sihat Malaysia 2011 Peringkat Negeri Perak seperti berikut :

Tarikh
:
7 Mei 2011 (Sabtu)
Masa :
7.00 pagi - 5.00 petang
Tempat
:
Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh (Padang Polo)

Program sambutan ini akan dirasmikan oleh Y.Bhg. Datin Seri Saripah Binti Zulkifli, isteri kepada Yang Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.
Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan antaranya :

♦ Pameran Keselamatan Makanan
♦Pameran Pemakanan
♦Rundingcara Pemakanan
♦ Subsidi Mammogram
♦Pemeriksaan Gigi & Kesihatan
♦ Kempen Penyusuan Susu Ibu

Klik untuk mendapatkan Aturcara Program dan Flyers Program. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Cik Farah/Cik Husna di talian 05-2084200 sambungan 432.

Seminar Keselamatan & Kualiti Makanan

on .

Seminar Kebersihan Dan Keselamatan Makanan Peringkat Negeri Perak 2011

Tema : Ke Arah Pematuhan Keselamatan Makanan

Sukacita dimaklumkan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak akan menganjurkan Seminar Kebersihan Dan Keselamatan Makanan Peringkat Negeri Perak 2011 seperti berikut :

Tarikh
:
26 April 2011
Masa
:
8.00 pagi - 1.30 petang
Tempat : Dewan Majlis Perbandaran Taiping
Perasmian
Oleh
:
Y.B Dato' Dr. Mah Hang Soon, MBBS.MMED.DPMP,
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna,Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Perak Darul Ridzuan.

Mesyuarat Teknikal Cancer Registry Peringkat Negeri Perak Bil. 1/2011

on .

Mesyuarat Teknikal Cancer Registry Peringkat Negeri Perak Bil. 1/2011

Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Teknikal Cancer Registry Peringkat Negeri Perak Bil. 1/2011 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh
:
25 April 2011
Masa
:
2.30 - 4.30 ptg
Tempat
:
Bilik Mesyuarat Zamrud,
Jabatan Kesihatan Negeri Perak,
Tingkat 7, Bangunan Tabung Haji,
Ipoh, Perak.
Pengerusi
: Y.Bhg. Dato' Pengarah Kesihatan Negeri

Untuk maklumat lanjut sila muat turun Surat Panggilan Mesyuarat.

Buku Pengagihan Pewujudan Jawatan, Pemansuhan Jawatan Dan Agihan Semula Jawatan Melalui ABM 2011

on .

Buku Pengagihan Pewujudan Jawatan, Pemansuhan Jawatan Dan Agihan Semula Jawatan Melalui ABM 2011

Dimaklumkan Buku Pengagihan Pewujudan Jawatan, Pemansuhan Jawatan Dan Agihan Semula Jawatan Melalui ABM 2011 boleh dimuat turun dari Sub Portal Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia di alamat http://humanres.moh.gov.my.

Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan Perinatal Peringkat Negeri Perak Bil. 1/2011

on .

Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan Perinatal Peringkat Negeri Perak Bil. 1/2011

Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan Perinatal Peringkat Negeri Perak Bil. 1/2011 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh
: 31 Mac 2011 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 t/hari
Tempat : Bilik Mesyuarat II,
Tingkat 5, Bangunan Tabung Haji, Ipoh
Pengerusi : Y. Bhg. Dato' Pengarah Kesihatan Negeri

Untuk maklumat lanjut sila dapatkan Surat Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan Perinatal Peringkat Negeri Perak Bil. 1/2011