Perutusan Pengarah Kesihatan Negeri

on .

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Perak.



 

  Kemajuan era teknologi maklumat telah memberikan banyak sumbangan kepada pelbagai sektor khususnya dalam bidang teknologi. Kesedaran terhadap sains dan teknologi telah mendorong agensi sector awam untuk meningkatkan produktiviti menerusi teknologi dalam memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan.

Jabatan Kesihatan Negeri Perak turut bersama-sama dalam menyebarkan maklumat yang penting selari dengan perkhidmatan yang ditawarkan jabatan ini. Oleh itu, laman web ini telah dibangunkan sebagai medan penyebaran maklumat yang berkesan kepada orang ramai untuk mengikuti aktiviti atau program yang dijalankan, peranan dan tanggungjawab Jabatan Kesihatan Negeri Perak serta menyampaikan segala maklumat yang berkualiti kepada setiap pengunjung. Selain itu, JKN Perak berharap laman web ini juga menjadi salah satu medium terbaik kepada semua pihak dalam memberikan sebarang pandangan, pertanyaan atau maklumbalas bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan di jabatan ini.

Akhir kata, selamat melayari Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan diharap tuan/puan akan terus mengunjunginya lagi pada masa hadapan.


Dato' Dr. Hassan Merican
Pengarah Kesihatan Negeri Perak