Piagam Pelanggan Jabatan Kesihatan Negeri Perak
TERAS PIAGAM
Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Jabatan Kesihatan Negeri Perak.
| 1. |
KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN |
| 1.1 Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada Jabatan ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosial-ekonomi. | |
| 1.2 Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi perkhidmatan dengan segera. | |
| 2. | TARAF PERKHIDMATAN |
| 2.1 Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas. | |
| 2.2 Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional. | |
| 2.3 Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna. | |
| 3. | MAKLUMAT PERKHIDMATAN |
| 3.1 Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya. | |
| 3.2 Setiap pelanggan boleh mendapat laporan mengenai perkhidmatan yang diterimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut peraturan yang ditetapkan. | |
| 4. | PENDIDIKAN KESIHATAN |
| 4.1 Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit. |
KEWAJIPAN PELANGGAN
Untuk membolehkan Jabatan Kesihatan Negeri Perak melaksanakan Piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk :
(i) Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan
(ii) Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan
(iii) Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.
