Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan
PENGENALAN Bahagian ini diwujudkan untuk melindungi orang awam dari bahaya kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penyimpanan makanan. Aktiviti ini telah berkembang dengan pesat sejak tahun 1950an. Sebelum tahun 1985, penguatkuasaan ke atas keselamatan dan mutu makanan dijalankan di bawah Ordinan Jualan Makanan dan Dadah 1952. Keperluan perundangan makanan direalisasikan dengan kemajuan negara sejajar dengan perkembangan dunia dalam sekuriti dan keselamatan makanan; perkembangan dalam teknologi penghasilan makanan serta pemasaran makanan melalui Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang dikuatkuasakan pada Oktober 1985. OBJEKTIF
|
Carta Organisasi Senarai Sekolah latihan Pengendali Makanan Senarai Syarikat Yang Mempunyai Pensijilan HACCP Senarai Syarikat Yang Mempunyai Pensijilan GMP Senarai Syarikat Yang Mempunyai Pensijilan MeSTI Senarai Syarikat Yang Mempunyai Pensijilan TMC |
|||||||||||||||||||
Tanggungjawab ini dijalankan berdasarkan polisi kerajaan, arahan daripada pihak kementerian, Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Peraturan- Peraturan Kebersihan Makanan 2009, Peraturan-Peraturan Makanan (Pengeluaran Sijil Kesihatan Bagi Eksport Ikan dan Keluaran Ikan Ke Kesatuan Eropah) 2009, Peraturan-Peraturan Iradiasi Makanan 2011 atau mengikut keperluan masyarakat. Piagam pelanggan bagi Program Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah seperti di bawah:
|
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di Jabatan Kesihatan Negeri Perak terdiri daripada Cawangan Pensijilan, Cawangan Pelesenan dan Perkhidmatan Makanan, Cawangan Eksport, Cawangan Promosi, Kepenggunaan dan Surveilan, Cawangan Penguatkuasaan dan Import dan Cawangan Pengurusan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah:
i. Khidmat nasihat
- Pensijilan HACCP, GMP, MeSTI, BESS,TMC san Myfood Tag
- Pelesenan Air (Air Mineral Semulajadi dan Air Minuman Berbungkus), Ais dan Mesin Jual Air
- Keperluan Pengeksportan dan Pengimportan Makanan
- Sjil Kesihatan dan Sijil Penjualan Bebas
iii. Pengeluaran Sijil bagi tujuan pengeksportan makanan
- Sijil Kesihatan EU (Kesatuan Eropah) - Permohonan hendaklah dibuat di Jabatan Kesihatan Negeri Perak sahaja
- Sijil Kesihatan Makanan - Permohonan hendaklah dibuat di Pejabat Kesihatan Daerah sahaja
- Sijil Penjualan Bebas - Permohonan boleh dibuat di Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan Pejabat Kesihatan Daerah
iii. Menerima aduan berkaitan keselamatan dan kualiti makanan
iv. Pendaftaran premis makanan (Fosim Domestik)