Bahagian Kesihatan Awam

on .

Profail Bahagian
Fungsi utama Bahagian Kesihatan Awam adalah merancang pelaksanaan, memantau serta menilai program/aktiviti kesihatan awam diseluruh negeri. Program-program serta aktiviti ini akan dilaksanakan di peringkat Pejabat Kesihatan Daerah, Klinik Kesihatan dan Klinik Desa. Bahagian ini pada amnya bertanggungjawab di atas pengurusan teknikal dan belanjawan program dan aktiviti kesihatan awam.
  
Carta Organisasi 

Senarai Pejabat Kesihatan Daerah 

Bahagian Kesihatan Awam diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam). Bahagian ini terdiri daripada 12 unit utama seperti berikut :

  1. Cawangan Perkembangan Kesihatan Awam
  2. Cawangan Perkembangan Kesihatan Keluarga
  3. Cawangan Tibi dan Kusta
  4. Cawangan AIDS / STD
  5. Cawangan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit
  6. Cawangan Kawalan Penyakit Berjangkit
  7. Cawangan Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar
  8. Cawangan Vektor
  9. Cawangan Kejuruteraan
  10. Cawangan Pemakanan
  11. Cawangan Pendidikan Kesihatan
  12. Cawangan Inspektorat dan Perundangan

Program Kesihatan Awam dilaksana melalui 10 Pejabat Kesihatan Daerah yang masing-masing menyelaras pelaksanaan aktiviti melalui infrastruktur klinik kesihatan yang telah disediakan.