Bahagian Pergigian
Profil Organisasi
Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Bahagian Kesihatan Pergigian , Jabatan Kesihatan Negeri Perak berfungsi sebagai pusat pentadbiran perkhidmatan kesihatan pergigian di Negeri Perak dan diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)/TPKN(G) yang bertanggungjawab kepada Pengarah Kesihatan Negeri Perak. Terdapat 10 buah Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah (PKPD) yang menerajui pentadbiran di peringkat daerah iaitu PKPD Kinta, PKPD Larut Matang dan Selama, PKPD Hilir Perak, PKPD Hulu Perak, PKPD Kuala Kangsar, PKPD Manjung, PKPD Perak Tengah, PKPD Batang Padang, PKPD Kampar dan PKPD Kerian. Setiap PKPD diketuai oleh seorang Pegawai Pergigian Daerah. OBJEKTIF BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN Untuk meningkatkan status kesihatan mulut penduduk di Negeri Perak Darul Ridzuan kepada tahap yang optima melalui penyampaian perkhidmatan pergigian penggalakan, pencegahan, perawatan dan pemulihan. |
Carta Organisasi |
|
Fungsi utama Pejabat TPKN(G) dan Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah:
Fungsi utama di Klinik Pergigian: Memberi perkhidmatan pergigian asas (Primer) kepada semua lapisan masyarakat. Rawatan termasuk pemeriksaan pergigian, tampalan, cabutan, rawatan salur akar/endodontik , penskaleran pembuatan gigi palsu, pembedahan kecil , perkhidmatan x-ray dan rawatan pencegahan. Bagi kes yang kompleks dan memerlukan rawatan lanjut , pesakit akan dirujuk untuk mendapatkan perkhidmatan kepakaran pergigian . Terdapat 6 perkhidmatan kepakaran pergigian bagi khidmat perundingan dan rawatan klinikal iaitu:
Selain dari perkhidmatan rawatan kuratif , perkhidmatan penggalakan dan penjagaan kesihatan pergigian juga diadakanbagi meningkatkan taraf kesihatan mulut individu atau masyarakat melalui promosi kesihatan pergigian dan rawatan pencegahan klinikal. |
||
Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Perak beralamat seperti berikut: BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN
|