Bahagian Pergigian

on .

Profil Organisasi

Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Bahagian Kesihatan Pergigian , Jabatan Kesihatan Negeri  Perak  berfungsi  sebagai pusat pentadbiran perkhidmatan kesihatan pergigian di Negeri Perak dan diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)/TPKN(G)   yang bertanggungjawab kepada Pengarah Kesihatan Negeri Perak. Terdapat 10 buah Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah (PKPD) yang menerajui  pentadbiran di peringkat daerah iaitu PKPD Kinta, PKPD Larut Matang dan Selama, PKPD Hilir Perak, PKPD Hulu Perak, PKPD Kuala Kangsar, PKPD Manjung, PKPD Perak Tengah, PKPD Batang Padang, PKPD Kampar dan PKPD Kerian. Setiap PKPD diketuai oleh seorang Pegawai Pergigian Daerah.

OBJEKTIF BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN

Untuk meningkatkan status kesihatan mulut penduduk di Negeri  Perak Darul Ridzuan kepada tahap yang optima melalui penyampaian perkhidmatan pergigian penggalakan, pencegahan, perawatan dan pemulihan.

 
Carta Organisasi


Fungsi utama Pejabat TPKN(G) dan Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah:

  • Merancang dan melaksana perkhidmatan kesihatanpergigian melalui program dan aktiviti kesihatan pergigian.
  • Memantau dan menilai keberkesanan program dan aktiviti kesihatan pergigian.
  • Menggalakkan promosi kesihatan pergigian bagi memastikan penambahbaikan kesihatan pergigian penduduk meningkat secara  berterusan

 Fungsi utama di Klinik Pergigian:

Memberi perkhidmatan pergigian asas (Primer) kepada semua lapisan masyarakat. Rawatan termasuk pemeriksaan  pergigian, tampalan, cabutan, rawatan salur akar/endodontik , penskaleran  pembuatan gigi palsu, pembedahan kecil , perkhidmatan x-ray dan rawatan  pencegahan.

Bagi kes yang  kompleks dan memerlukan rawatan lanjut ,  pesakit akan dirujuk untuk mendapatkan perkhidmatan kepakaran pergigian . Terdapat 6 perkhidmatan kepakaran pergigian bagi khidmat perundingan dan rawatan klinikal iaitu:  

  • Kepakaran Ortodontik : bagi pengurusan rawatan gigi yang tidak teratur dengan pengunaan  aplians (aplians boleh tanggal atau aplians  tetap). Perkhidmatan ortodontik disediakan untuk murid sekolah di bawah umur 18 tahun dan pesakit yang memerlukan penjagaan multidisplinari seperti pesakit dengan kecacatan kraniofasial atau hipodontia
  • Kepakaran Periodontik  : bagi pencegahan, diagnosis dan rawatan penyakit yang berkaitan dengan tisu penyokong gigi (periodontium) iaitu gusi (gingiva), tulang alveolus (alveolus), ligamen periodontium (periodontal ligament) dan simentum (cementum).
  • Kepakaran  Restoratif : merangkumi prosedur konservatif lanjut, endodontik, prostodontik tetap dan boleh tanggal serta rawatan implan pergigian. Prostesis boleh tanggal adalah seperti dentur, obturator dan prostesis maksilofasial. Manakala prostesis kekal untuk menggantikan kehilangan gigi kekal seperti korona (crown), jambatan (bridge), onlay, inlay dan veneer.
  • Kepakaran Bedah Mulut & Maksilofasial : bagi merawat penyakit serta kecederaan yang melibatkan bahagian mulut, rahang, muka, leher, kepala dan struktur-strukur yang berkaitan.
  • Kepakaran  Pediatrik Pergigian : prosedur diagnostik dan terapeutik serta pembedahan mulut untuk pesakit yang berumur 16 tahun ke bawah dengan keutamaan kepada kanak-kanak berkeperluan khas, mempunyai masalah perubatan , serta kanak-kanak yang tidak bekerjasama.
  • Kepakaran Perubatan dan Patologi Mulut:  pengenalpastian dan pengurusan penyakit-penyakit yang menjejaskan bahagian mulut dan maksilofasial

Selain dari perkhidmatan rawatan kuratif , perkhidmatan penggalakan dan penjagaan kesihatan pergigian  juga diadakanbagi meningkatkan taraf kesihatan mulut individu atau masyarakat melalui promosi kesihatan pergigian dan rawatan pencegahan klinikal.

Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Perak  beralamat seperti berikut:

BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN
JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
Aras 5,  BangunanTabung Haji,
Jalan Koo Chong Kong,
30000 Ipoh, Perak DarulRidzuan.
Tel : 05-2456000
Faks : 05-2540986