Bahagian Pengurusan

on .

Profail Bahagian

Objektif Bahagian Pengurusan adalah untuk memastikan Jabatan Kesihatan Negeri Perak mempunyai struktur organisasi yang sesuai, keanggotaan yang optimum, produktif serta berkualiti, sumber-sumber tenaga yang terlatih, peruntukan kewangan mengurus dan pembangunan yang mencukupi dan perkhidmatan bantuan sokongan dalam melaksanakan dasar-dasar, aktiviti-aktiviti dengan berkesan dan cekap sebagaimana ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Melalui pengurusan sumber-sumber tenaga manusia, latihan, kewangan, pembangunan fasiliti-fsiliti kesihatan serta perkhidmatan sokongan yang cekap dan berkesan, taraf dan kualiti kesihatan rakyat di negeri Perak dapat dipertingkatkan selaras dengan misi kesihatan negara untuk mewujudkan penglibatan dan penyertaan seluruh masyarakat dalam program kesihatan. Bahagian Pengurusan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKN Perak), diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) dan bahagian ini terdiri daripada enam (6) unit utama seperti berikut :




Carta Organisasi