Bahagian Perubatan

on .

PROFAIL BAHAGIAN

Program Perubatan adalah diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Perubatan) dan bertanggungjawab untuk pengurusan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan perubatan di negeri Perak. Bahagian Perubatan terdiri daripada  8 unit seperti berikut:

  • Unit Sistem Maklumat dan Dokumentasi
  • Bahagian Perkembangan Perubatan
  • Unit Kualiti Penjagaan Perubatan
  • Unit Kawalan Amalan Perubatan
  • Unit Kejururawatan
  • Unit Kawal Selia Hospital
  • Unit Perubatan Tradisional dan Komplimentari
  • Unit Penolong Pegawai Perubatan
 
Carta Organisasi

Senarai Hospital Kerajaan Di Perak

Status Akreditasi dan ISO hospital-hospital negeri Perak


Kedatangan Pesakit

Statistik Hospital Kerajaan Di Perak 2015

Hospital Dan Pusat Perubatan Swasta Perak

Objektif Umum

Untuk memastikan semua jenis perkhidmatan perubatan yang disediakan di  Jabatan Kesihatan Negeri Perak mencukupi, bersesuaian ,cekap dan  berkesan disamping membantu program-program lain agar dapat mencapai objektif yang ditetapkan.

Objektif Spesifik

  1. Memastikan penyampaian perkhidmatan perubatan yang cekap, berkesan, selamat dan mesra pelanggan.
  2. Merangka dan melaksana perancangan yang strategik bagi Program Perubatan selaras dengan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia.
  3. Memantau dan menilai semua program dan aktiviti penjagaan perubatan di hospital kerajaan , hospital swasta , klinik perubatan swasta , klinik pergigian swasta dan pengamal perubatan tradisional dan komplimentari (TCM).
  4. Merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti penyelidikan insiatif kualiti dan inovasi bagi menjamin perkhidmatan yang  berkualiti.
  5. Menggalakkan koloborasi dan penyelarasan antara sektor dan agensi- agensi lain dalam semua aktiviti berkaitan dengan perubatan dan kesihatan.