Ujian Saringan HIV Bakal Pengantin

Berapa lamakah keputusan ujian saringan HIV bakal pengantin boleh diperolehi?

Mengikut garis panduan, ujian saringan HIV bakal pengantin dijalankan melalui ujian pantas (rapid test) yang dijalankan di Klinik Kesihatan kerajaan. Keputusan melalui ujian pantas mengambil masa dalam tempoh 15 minit dan keputusan saringan akan dimaklumkan sebaik sahaja ia selesai pada hari yang sama. Sekiranya keputusan saringan didapati REAKTIF, ujian pengesahan (ELISA) perlu dijalankan yang mana 3ml darah akan diambil di klinik dan akan dihantar ke hospital. Untuk makluman, ujian pengesahan mengambil masa beberapa hari sehingga 2 minggu sebelum keputusan dikeluarkan.

Untuk makluman, semua bakal pengantin digalakkan untuk datang awal menjalani Ujian HIV Bakal Pengantin ini kerana keputusannya sah (valid) dalam tempoh 6 bulan untuk urusan perkahwinan nanti.