Bahagian Pergigigan

on .

Rawatan Orthodontik

Apakah Rawatan Orthodonthik?
Rawatan ini juga dikenali sebagai rawatan braces yang dijalankan oleh Pakar Pergigian Orthodontik


Bagaimanakah untuk mendapatkan Rawatan Orthodonthik?
Pesakit perlu membuat pemeriksaan dan penilaian samada terdapat indikasi untuk rawatan orthodontik atau tidak di mana-mana Klinik Pergigian Kerajaan, bagi menentukan samada pesakit perlu dirujuk atau tidak ke Klinik Pakar Orthodontik yang berdekatan.


Di manakah boleh mendapatkan Rawatan Orthodonthik?

Di Negeri Perak, terdapat 2 orang Pakar iaitu di :

  • Klinik Pergigian Ipoh, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30590 Ipoh, Perak.
  • Klinik Pergigian Taiping, Jalan Tupai, 34000 Taiping, Perak.

Pakar-pakar tersebut juga membuat lawatan ke Klinik Pergigian Seri Manjung (2 kali sebulan) dan Klinik Pergigian Hospital Teluk Intan (2 kali sebulan).

Apakah yang akan dilakukan sekiranya ada indikasi?

Jika ada indikasi, pesakit akan dirujuk ke Unit ortodontik yang berhampiran. Di Unit Ortodontik, pesakit akan dinilai untuk menentukan keperluan rawatan dan akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu. Pesakit akan dipanggil untuk rawatan mengikut giliran dalam senarai menunggu.


Bagaimanakah cara untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Rawatan Orthodontik?

Bagi sebarang maklumat lanjut, sila hubungi :

  • Unit Ortodontik, KP Ipoh 05-2490449 
  • Unit Ortodontik, KP Taiping 05-8051472

atau mana-mana Klinik Pergigian Kerajaan yang berhampiran.