Program Perubatan

on .

SOALAN LAZIM PROGRAM PERUBATAN

1.   Bagaimanakah saya boleh mendapatkan rawatan di klinik pakar hospital ?
Semua rawatan di klinik pakar adalah melalui sistem temujanji . Tarikh temujanji boleh diperolehi dari kaunter klinik pakar dengan  menghadirkan diri ke klinik pakar tersebut ataupun melalui panggilan telefon ke  klinik pakar .  Untuk rawatan kali pertama , pesakit haruslah membawa bersama surat rujukan daripada klinik kesihatan , hospital tanpa pakar ataupun surat rujukan dari klinik swasta.

2.    Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa bersama semasa mendapatkan rawatan di  hospital ?
Sila bawa bersama dokumen-dokumen berikut setiap kali Tuan/ Puan datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan :
  • Dokumen pengenalan : Kad pengenalan / Surat Beranak / Paspot
  • Kad Pesara : untuk pesara kakitangan awam
  • Surat Sekolah
  • Surat Jaminan atau maklumat eGL : untuk kakitangan awam
  • Kad pendaftaran Jabatan kebajikan Masyarakat : untuk pesakit OKU
  • Surat rujukan : sekiranya dirujuk dari hospital , klinik kesihatan atau klinik swasta

 3.    Di manakah saya boleh mendapatkan Laporan Perubatan ?
Laporan Perubatan akan dikeluarkan oleh Jabatan Rekod hospital di mana pesakit mendapatkan rawatan.Pemohon dikehendaki memohon melalui Borang Permohonan Laporan Perubatan. Pesakit yang berumur 18 tahun ke atas boleh memohon sendiri Laporan Perubatan . Bagi pesakit yang berumur di bawah 18 tahun, pesakit tidak sedarkan diri atau kurang upaya secara mental dan pesakit yang telah meninggal dunia, Laporan perubatan boleh dipohon oleh waris terdekat yang sah (isteri , suami , anak , ibubapa dan adik-beradik) dengan syarat dokuem yang membuktikan pertalian keluarga dikemukakan semasa permohonan.

 4.    Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan semasa memohon Laporan Perubatan ?
Sila bawa bersama dokumen-dokumen berikut semasa berurusan dengan Jabatan Rekod  :

  • Dokumen pengenalan : Kad pengenalan / Surat Beranak / Paspot
  • Salinan sijil nikah pemohon ( bukti pertalian keluarga)
  • Surat izin  yang ditandatangani oleh pesakit atau waris yang sah
  • Salinan kad rawatan pesakit atau kad temujanji pesakit / Salinan permit menguburkan / Salinan sijil kematian pesakit
  • Borang Permohonan Laporan perubatan atau borang khas (contohnya Borang Insuran , Borang PERKESO dsbnya)
  • Surat izin kedutaan (sekiranya pesakit Warganegara Asing yang tidak dapat memberikan  surat izin)
  • Resit Bayaran

 5.    Apakah kadar bayaran Laporan Perubatan? 

Jenis laporan

Kadar Bayaran (RM)

 Laporan Perubatan biasa oleh Pegawai Perubatan

40.00

 Laporan Perubatan ringkas oleh Pakar

80.00

 Laporan  Perubatan terperinci oleh Pakar (mengikut kerumitan laporan)

200.00- 1,000.00

 Laporan Perubatan untuk Warganegara Asing

2 kali ganda caj biasa

 Laporan Perubatan yang dipohon oleh Polis/ Mahkamah

Percuma

 Laporan Perubatan yang dipohon oleh Jabatan Kerajaan

Percuma

 Laporan Penjelasan

Percuma