Unit Kewangan

on .

Pengenalan

Unit Kewangan diletakkan di bawah Bahagian Pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Perak yang bertanggungjawab terus kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) dan Pengarah Kesihatan Negeri Perak. Unit Kewangan terdiri daripada sub unit berikut :

  • Belanjawan & Akaun
  • Kewangan Am
  • Hasil/Perolehan & Penswastaan

Piagam Pelanggan

Kami anggota di Unit Kewangan dan Akaun Jabatan Kesihatan Negeri Perak berjanji akan melaksanakan tugas-tugas kami seperti berikut:

  1. Waran Peruntukan akan diproses dalam masa 7 hari dari tarikh diterima.
  2. Kemasukan urusniaga ke dalam Buku Vot akan diproses dalam masa 2 hari dari tarikh penerimaan baucar/penyata pemungut dan dokumen kewangan yang lain.
  3. Laporan bulanan kewangan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) akan disiapkan tidak lewat dari 10hb bulan berikutnya.
  4. Pembayaran melalui Panjar Wang Runcit diproses dalam masa 3 hari.
  5. Permohonan kelulusan tuntutan pindah rumah ke rumah Pinjaman Kerajaan diproses dan dipanjangkan ke Kementerian Kesihatan untuk kelulusan dalam masa 7 hari dari tarikh permohonan diterima.
  6. Permohonan kelulusan pemasangan telefon/sewaan bangunan/pinjaman kenderaan/skim pembiayaan komputer/pendahuluan diri ke Kementerian Kesihatan untuk kelulusan dalam masa 7 hari dari tarikh permohonan diterima.
  7. Pengeluaran Waran Perjalanan Udara dan Waran Perjalanan Keretapi disempurnakan dalam masa 3 hari dari tarikh dokumen permohonan diterima.
  8. Semua bayaran (semua modul) dan jurnal akan diuruskan dalam masa 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap dan teratur.
  9. Penyediaan borang perubahan gaji SG20 akan dilaksanakan dalam masa 1 hari dari tarikh penerimaan dokumen (Sijil Gaji Akhir, Laporan Perubahan Gaji dll.) yang lengkap dan teratur.
  10. Resit Rasmi (Kew.38) akan dikeluarkan pada hari yang sama pungutan dibuat.
  11. Akaun/Penyata Kutipan Hasil akan disiapkan tidak lewat dari 10hb. bulan berikutnya.
  12. Pertanyaan Audit akan dijawab dalam masa 30 hari dari tarikh diterima.
  13. Perolehan secara Tender akan dihantar ke Kementerian Kesihatan selewat-lewatnya 9 bulan dari tarikh tamat kontrak.
  14. Perolehan secara Sebutharga akan diproses dalam masa 30 hari bekerja.
  15. Pesanan Tempatan akan dikeluarkan dalam masa 3 hari bekerja dari tarikh Borang Permohonan Pengleuaran Pesanan Tempatan diterima.
  16. Semua surat-menyurat akan dijawab dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh diterima.