Unit Pembangunan

on .

Pengenalan

Unit Pembangunan diletakkan di bawah Bahagian Pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Perak yang bertanggungjawab terus kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) dan Pengarah Kesihatan Negeri Perak. Mengikut senarai perjawatan yang diluluskan, unit ini diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik dibantu oleh seorang Penolong Pengarah dan 12 anggota yang lain.


Objektif

Melaksanakan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meninggikan mutu perkhidmatan kesihatan dengan melaksanakan projek-projek pembangunan kesihatan di bandar dan luar bandar di Negeri Perak.


Fungsi

Merancang, melaksana dan memantau projek-projek pembangunan serta pengurusan pentadbiran pembangunan Jabatan Kesihatan Negeri Perak dalam menyediakan laporan, peruntukan pembangunan, pengurusan aset-aset Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk tanah-tanah dan kemudahan kesihatan.


Bidang Tugas

Di antara bidang tugas unit ini ialah:

  1. Mengumpul maklumat, merancang, menyusun dan menyediakan senarai lengkap projek-projek yang hendak dicadangkan bagi setiap penggal Rancangan Lima Tahun Malaysia.
  2. Menguruskan peruntukan projek pembangunan setiap program kesihatan negeri, pembelian peralatan dan kenderaan dan lain-lain kelengkapan bagi setiap projek.
  3. Mendapatkan maklumat untuk tujuan perancangan projek dari sumber-sumber luar seperti wakil rakyat, pemimpin masyarakat dan badan-badan bukan Kerajaan.
  4. Memantau perjalanan dan kemajuan projek-projek sedang dalam pembinaan serta mengendalikan segala urusan pengambilan alih projek yang telah siap.
  5. Mengendalikan urusan pengambilan tanah untuk tapak projek kesihatan dengan jabatan-jabatan yang berkaitan.
  6. Mengumpul dan menyimpan segala maklumat harta alih dan tidak alih Kementerian Kesihatan serta pengemaskinian data maklumat projek-projek sedang dalam pelaksanaan dari semasa ke semasa.