Unit Pentadbiran

on .

Pengenalan

Unit Pentadbiran diletakkan di bawah Bahagian Pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Perak yang bertanggungjawab terus kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) dan Pengarah Kesihatan Negeri Perak. Unit Pentadbiran terdiri daripada sub unit berikut :
  • Pengurusan Majlis
  • Pengurusan Surat Menyurat Dan Fail
  • Pengurusan Aset Jabatan
  • Pengurusan Kenderaan/Keselamatan Dan Kebersihan

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

1. Pengurusan Mesyuarat
2. Pengurusan Majlis dan Taklimat
3. Perkhidmatan Kenderaan
 
  • Tempahan/permohonan penggunaan kenderaan jabatan
  • Mengatur jadual pemandu dan kenderaan
  • Memaklumkan kepada pemohon keputusan permohonan (Nama pemandu, kenderaan)
4. Pengurusan Aduan Awam
 
  • Menerima sebarang aduan awam
  • Memanjangkan aduan kepada Ketua Jabatan dan tindakan selanjutnya.
  • Memaklumkan kepada pengadu tindakan yang telah dilaksanakan.
  • Laporan aduan awam dari PTJ di hantar ke Kementerian
* Aduan awam terhadap anggota/Jabatan JKN Perak diterima melalui surat khabar, peti aduan, surat, telefon, internet dan lain-lain.
5. Pengurusan Aset Alih JKN Perak (Ibu Pejabat)
 
  • Membuka Kad Harta Modal dan Inventori
  • Melabel aset-aset
  • Pelupusan
  • Hapuskira
6. Pengurusan Aduan Kerosakan/Penggunaan Utiliti
 
  • Menerima aduan dari Bahagian dan Unit-Unit di JKN Perak.
  • Memanjangkan aduan kepada pegawai dan tindakan selanjutnya.
  • Memaklumkan kepada pengadu tindakan yang telah dilaksanakan.
7. Pengurusan Kad Pengenalan Jabatan/Pas Keselamatan/Pas Kenderaan
 
  • Membekal Pas Keselamatan kepada anggota JKN Perak.
  • Membekal Kad Pengenalan Jabatan kepada anggota JKN Perak.
  • Membekal Pas Kenderaan Jabatan kepada anggota JKN Perak.
8. Pengurusan Permohonan Kebenaran Keluar Negara
 
  • Menerima permohonan anggota untuk kebenaran keluar negara.
  • Permohonan anggota gred 41 ke atas kelulusan di peringkat KKM manakala anggota gred 41 ke bawah kelulusan di peringkat Pengarah JKN Perak.