Perkhidmatan Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan merangkumi jenis perkhidmatan utama mengikut keadaan fizikal dan mental pesakit. Perkhidmatan tersebut adalah perkhidmatan pesakit dalam, pesakit luar dan perkhidmatan komuniti .
Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan menyelia, menyelaras dan menguruskan unit , wad dan program seperti berikut :
1. Pesakit Dalam
Perkhidmatan ini memberikan rawatan pemulihan kepada pesakit yang dimasukkan ke dalam wad.
RAWATAN
|
JUMLAH WAD
|
Wad Kemasukan(Akut / HDU)
|
1
|
Infirmari
|
1
|
Isolasi /Pengasingan
|
2
|
Recovery / Pemulihan
|
21
|
Psikogeriatrik
|
6
|
Zon Agroterapi
|
Wad
|
12
|
Zon Agroterapi
|
Apartment
|
4
|
Forensik Akut
|
1
|
Forensik Pemulihan
|
5
|
LRCC
|
1
|
Jumlah Wad
|
54
|
2. Pesakit Luar
Pesakit mendapatkan rawatan pesakit luar di Klinik Pakar HBUK samada rujukan pertama, rawatan susulan dan kaunseling.
3. Perkhidmatan Psikiatri Komuniti
Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan melakukan lawatan ke rumah untuk pesakit yang dirujuk mengikut Zon-Zon yang ditetapkan.
4. Perkhidmatan Informasi Setempat
Unit ini membantu pelawat dan orang awam mendapatkan informasi ringkas untuk melawat pesakit dan perkhidmatan yang diberikan di Hospital Bahagia.
5. Klinik Mata
Unit ini adalah untuk memberi rawatan, penjagaan dan pemulihan perawatan mata kepada pesakit dalaman dan juga lawatan mingguan Pakar Oftalmologi daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.
6. Unit Discaj Berkumpulan
Unit ini berfungsi sebagai Unit yang menghantar pesakit yang telah discaj ke rumah secara berkumpulan.
7. Muzium Psikiatri
Aktiviti muzium adalah untuk menerima lawatan daripada pelawat luar terutamanya pelatih perubatan, pelatih kolej Penolong Pegawai Perubatan, Kolej Kejururawatan, kolej-kolej swasta serta IPTA / IPTS , hospital dan lain-lain lagi.
8. Bilik Pelawat
Unit ini berfungsi sebagai tempat perjumpaan pelawat dengan pesakit semasa melawat.
9. Makmal Ketrampilan (Skill Lab)
Skill Lab HBUK bertujuan untuk melatih semua kakitangan Hospital Bahagia Ulu Kinta dalam bantuan kecemasan ’Basic Life Support’ di bawah pengurusan Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan.
10. Aktiviti Pemulihan Pesakit
Aktiviti pemulihan pesakit dilaksanakan untuk penambahbaikan perawatan pesakit dengan tujuan mengembalikan keupayaan pesakit ke tahap optimum dan berupaya untuk berfungsi di dalam masyarakat. Ianya dilakukan sepenuhnya oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan serta bekerjasama dengan Jurupulih Carakerja.
11. Aktiviti Kehidupan Harian (ADL)
Merupakan aktiviti asas yang diajar kepada pesakit yang mengalami kemerosotan di dalam aktiviti kehidupan harian seperti penjagaan kebersihan diri, pakaian, makanan, berinteraksi dan sebagainya.
12. Aktiviti Rehabilitasi
Program rehabilitasi untuk pesakit wad dalam dilaksanakan oleh semua anggota wad mengikut jadual harian yang telah dirancang.
Aktiviti mengikut keadaan mental dan keperluan fizikal pesakit seperti berkebun, penternakan ayam dan kambing, menternak ikan dalam kolam, reality orientation, terapi interaksi sosial dan reminiscence therapy serta bersukan.
Pada Disember 2018 telah diadakan rebranding wad kebun kepada Zon Agroterapi .
13. Psychoeducation
Program Psychoeducation untuk pesakit seperti yang diarahkan oleh doktor.
Penolong Pegawai Perubatan wad akan menjalankan program tersebut di wad masing-masing.
14.Aktiviti Keagamaan
- Pesakit beragama Islam akan mengikuti kelas agama yang dikendalikan oleh Unit Hal Ehwal Islam HBUK dan juga anjuran Persatuan Kebajikan Kakitangan Islam.
-Pesakit beragama Kristian akan dibawa ke Dewan Anggerik untuk mengikuti aktiviti pada hari Selasa pertama setiap bulan.
-Pesakit beragama Hindu berpeluang mengikuti upacara keagamaan yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Anggota India HBUK.
-Badan-Badan sukarela juga turut terlibat dalam menjayakan aktiviti sosial dan perayaan keagamaan bagi pesakit.
15. Sambutan Perayaan
Unit ini turut terlibat secara langsung di dalam sambutan perayaan seperti
Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal serta sambutan Maulidur Rasul, Hari kemerdekaan dan Hari Pesakit.
16. Program Bersama Masyarakat
Aktiviti Kemasyarakatan Penolong Pegawai Perubatan di luar kawasan Hospital juga turut diadakan. Aktiviti Kemasyarakatan ini akan diadakan setiap tahun bagi mendekatkan diri anggota Penolong Pegawai Perubatan dengan masyarakat sekitar serta menjadi tanggungjawab mereka bersama ke arah Masyarakat Sejahtera.
17. Fire Squad HBUK.
Kumpulan Fire Squad HBUK dianggotai oleh kakitangan dari Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan dan diuruskan juga oleh Unit Penyeliaan PPP. Aktiviti Keselamatan Kebakaran HBUK di selaraskan oleh kumpulan Fire Squad. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi memantapkan keselamatan kebakaran di HBUK terjamin.
18. Simulasi Kebakaran ( Fire Drill )
Setiap tahun , Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan akan mengadakan minima sekali untuk latihan Simulasi Kebakaran di peringkat HBUK dengan di jemput bersama pihak inter agensi seperti Polis, JPAM dan Bomba.