Pengenalan
Klinik Pergigian di Hospital Bahagia Ulu Kinta berfungsi sebagai satu unit yang memberikan rawatan pergigian khusus kepada golongan-golongan mengikut keutamaan berikut:-
- Pesakit-pesakit psikiatrik dalaman;
- Anggota HBUK dan keluarga mereka;
- Pelatih-pelatih Kolej Pembantu Perubatan;
- Penghuni-penghuni Rumah Seri Kenangan, Tg. Rambutan (JKM);
- Ibu mengandung yang dirujuk oleh Klinik Kesihatan Tg. Rambutan (KKTR); dan
- Masyarakat Awam
Objektif
Memastikan Perkhidmatan Pergigian yang diberi adalah mengikut keperluan setiap pesakit, sama rata, efektif, berkualiti dan memberi kepuasan kepada pesakit; danØ
Meningkatkan taraf kesihatan pergigian masyarakat dan mewujudkan perubahan tatalaku untuk memperbaiki dan menjaga kesihatan mulut semua golongan. Penekanan diberi kepada kumpulan sasaran iaitu Pesakit Psikiatrik.
Perkhidmatan
JADUAL BERTUGAS:
ISNIN – JUMAAT : 8.00 PAGI – 5.00 PTG
Masa | Pagi (8.00 pg - 1.00 ptg) | Petang (2.00 ptg - 5.00 ptg) | |
Hari | |||
Isnin | Pesakit Wad dan Anggota HBUK | Temujanji dan Rujukan Kecemasan Pesakit wad | |
Selasa | |||
Rabu | Rawatan gigi Palsu | ||
Khamis | Rawatan Pesakit Luar | ||
Jumaat | Pesakit wad dan Anggota HBUK |
Jenis Perkhidmatan yang diberikan :
- Merawat pesakit dari wad yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan sama ada kes-kes kecemasan, ulangan atau susulan dan untuk pemeriksaan kesihatan pergigian;
- Kes-kes Kecemasan seperti abcess, trauma, MVA (di beri keutamaan);
- Rawatan Perkhidmatan Pergigian Primer (tampalan, penskalaran, cabutan dan gigi palsu);
- Merujuk kes-kes rumit kepada Pakar Pergigian;
- Pemeriksaan dan merawat ibu-ibu mengandung yang dirujuk dari KKTR; dan
- Memberikan temujanji rawatan susulan kepada pesakit yang memerlukan rawatan lanjutan