Ikuti kami
A- A A+

theme blue theme green theme orange theme red

Pengenalan

Rawatan Pakar Psikiatri telah memberi perkhidmatan kepada purata 913 pesakit luar setiap bulan. Berperanan memberi penilaian dan rawatan psikiatri pesakit luar, penilaian dan rawatan psikologi dan kaunseling untuk pesakit luar dan dalam. Perkhidmatan tersebut dikendalikan oleh Pakar Psikiatri dan Pegawai Perubatan serta Ahli Psikologi dan Kaunselor dengan sokongan Jururawat.


Objektif

Menentukan pengurusan pesakit dari segi penilaian, perawatan kaunseling dan psikoterapi dijalankan mengikut keperluan.
Memberi pendidikan mengenai penyakit mental kepada pesakit dan keluarganya dan juga rawatan serta langkah-langkah pemulihan yang dijalankan bagi pesakit-pesakit luar di Hospital Bahagia Ulu Kinta.


Perkhidmatan Rawatan.

  • Klinik Pakar Psikiatri.
  • Perundingan oleh Pakar Psikiatri dan Pegawai Perubatan untuk kes rujukan baru dan kes rujukan susulan dengan temujanji.
  • Klinik Walk-In.
  • Setiap hari waktu kerja bagi rujukan baru dan pesakit lama yang gagal mematuhi temujanji atau mengalamai 'relapse' atau masalah lain.
  • Pemberian Suntikan Bulanan / Pemeriksaan ECG Dan Darah Setiap Hari Bekerja.
  • Perkhidmatan Hal Ehwal Agama Islam.
  • Perkhidmatan memberi tarikh temujanji untuk kes-kes yang Discaj dari wad & Unit Komuniti Psikiatri.
  • Memberi temujanji pada kes rujukan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) untuk ujian IQ.
  • Klinik Pesakit Luar Untuk Anggota.
  • Quit Clinic.
  • Health Screening untuk anggota yang berumur 40 tahun ke atas.
  • Klinik Pembedahan sekali sebulan.
  • Klinik Pakar Perubatan sekali sebulan.
  • Lawatan Pakar Psikiatri ke Hospital-hospital yang dilawati:-
    - Hospital Kampar
    - Hospital Kuala Kangsar
    - Hospital Sg. Siput
    - Hospital Batu Gajah
  • Lawatan Pakar Psikiatri ke Klinik Kesihatan :-
    - Klinik Kesihatan Manjoi- PSR Kg. Simee
    - Klinik Kesihatan Pasir Pinji
    - Klinik Kesihatan Gopeng
    - Klinik Kesihatan Kampar
  • Perkhidmatan Pembelajaran & Promosi Kesihatan Mental:-
    - Pakar Perunding Psikiatri & Pegawai Perubatan melibatkan diri dalam Program Latihan Dalam Perkhidmatan di Hospital Bahagia.
    - Pakar Perunding Psikiatri dan Pegawai Perubatan terlibat dalam memberi ceramah berkaitan kesihatan mental di sekolah-sekolah dan juga semasa lawatan sambil belajar ke Hospital Bahagia.
    - Memberi latihan kepada anggota kesihatan dari kesihatan primer.
    - Memberi ceramah dalam konferen dan juga agensi bukan kerajaan.
    - Pakar-pakar Perunding Psikiatri memberi tunjuk ajar kepada doktor pelatih dan juga Post Graduate.


Aktivit-aktiviti

  • Penyelidikan Klinikal
    Kajian dijalankan oleh Pakar Perunding Psikiatri Kanan dan Pakar Perunding Psikiatri. Semua Jururawat U29 yang bertugas di Klinik Pakar sebagai 'Study Nurse'.
  • Pembelajaran Berterusan (CME)
    - Menghadiri CME di Hospital Ipoh setiap hari Jumaat minggu pertama dan ketiga - 'Continuous Medical Education (CME)' di Hospital Bahagia Ulu Kinta setiap hari Selasa.
    - Menghadiri seminar, symposium dan konferen.
    - Tayangan video atau ceramah oleh penceramah jemputan dari dalam dan luar Negara berkaitan rawatan terbaru untuk penyakit mental anjuran Pertubuhan Pendidikan Perubatan Anggota HBUK.

  • Mesyuarat Mingguan Klinikal dan Mortality Review
    Diadakan pada setiap hari Selasa pada jam 9.00 pg - 10.00 pg.

  • Kelas Psychoeducation
    Setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 2.30 ptg - 3.30 ptg di bilik CRT.

  • Pusat Sumber
    - Mengadakan kemudahan program komputer untuk staf - Menyimpan dokumen-dokumen penting dan buku-buku sebagai rujukan oleh anggota HBUK

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox, Safari dan Google Chrome terkini.
Paparan responsif mengubah rekabentuk tapak web berdasarkan resolusi skrin.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Hospital Bahagia Ulu Kinta tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada portal ini.
Copyright © 2021 Hospital Bahagia Ulu Kinta