Pengenalan
Unit Farmasi merupakan salah satu perkhidmatan teras di HBUK. Ia bermula dari proses perolehan ubat sehinggalah penyampaian ubat kepada pesakit.
Unit Farmasi diterajui oleh Pegawai Farmasi U54 dan dibantu:
- 7 orang Pegawai Farmasi U44
- 4 orang Pegawai Farmasi U41
- 1 orang Penolong Pegawai Farmasi U38
- 2 orang Penolong Pegawai Farmasi U36
- 2 orang Penolong Pegawai Farmasi U32
- 6 orang Penolong Pegawai Farmasi U29
- 1 orang Pembantu Tadbir N22
- 2 orang Pembantu Tadbir N17
- 5 orang Pekerja Awam R1
Objektif
- Memberikan perkhidmatan yang mesra, prihatin dan bersopan;
- Memastikan semua pesakit mendapat ubat yang tepat mengikut pesanan, berkesan, selamat dan mencukupi; dan
- Semua pesakit diberikan penerangan yang jelas, mudah di fahami mengenai cara-cara pengambilan atau penggunaan ubat yang dibekalkan.
Perkhidmatan
- Membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit dan juga anggota hospital yang mendapat rawatan di Jabatan Pesakit Luar;
- Membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit di dalam wad;
- Memberikan khidmat kaunseling mengenai ubat-ubatan;
- Memberikan perkhidmatan farmasi komuniti;
- Membuat pemeriksaan terhadap stok ubat-ubatan di unit pengguna;
- Menganalisa keputusan ujian TDM yang dibuat di Farmasi TDM Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh (HRPB);
- Meluaskan aktiviti klinikal dengan mewujudkan Farmasi Wad di Wad Kemasukan; dan
- Menguruskan pembekalan ubat bagi pesakit yang mendapat rawatan susulan daripada HRPB;
Lain-Lain Perkhidmatan di Farmasi Pesakit Luar
- Rujukan Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) - rujukan pesakit ke klinik kesihatan atau hospital yang berhampiran tempat kediaman pesakit untuk mendapatkan bekalan ubat.
- Rujukan Format A - rujukan pesakit yang discaj dari HBUK ke klinik kesihatan atau hospital yang lain untuk mendapatkan rawatan lanjutan.
- Pihak farmasi akan memastikan tempat yang dirujuk mempunyai ubat tersebut dan akan mengaturkan pembekalan ubat jika perlu.
Home Medication Review
Pada Tahun 2010 aktiviti Home Medication Review telah diaktifkan. Seorang pegawai telah ditugaskan untuk memberi latihan kepada paramedik di HBUK dan Klinik Kesihatan yang terlibat. Sebagai permulaan sebanyak 12 kes telah dipilih didalam aktiviti ini
- Kajian Penyelidikan dan Pembangunan ( R & D ) Drug Study
Seramai 2 orang Pegawai Farmasi dipilih untuk tugasan ini. Antara kajian yang terlibat ialah :
i. PSY 1005
ii. MAS Study
iii. Aspire Study
iv. Sustain Study
v. Perfect Study
Lain-Lain Perkhidmatan
FARMASI BEKALAN WAD
- Farmasi Satelit
Bagi memudahkan proses pembekalan ubat perkhidmatan Farmasi Satelit telah diperluaskan ke semua Wad Geriaterik bermula pada Mei 2010. Hasil komitmen Pengarah dan Pertubuhan Pendidikan Perubatan Anggota, infrastruktur Farmasi Satelit yang ada telah di perbaiki bagi membolehkan lebih banyak wad mendapatkan perkhidmatan di Farmasi Satelit
- Perkhidmatan Discaj Kaunseling
Unit Farmasi Bekalan Wad juga telah memulakan aktiviti discaj kaunseling pada bulan April 2010 sehingga kini.
- Galenikal & Pra-Pembungkusan
- Therapeutic Drug Monitoring ( TDM )
Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan TDM satu kajian QAP sedang dilaksanakan bagi mengkaji dan menambah baik prosedur yang ada. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan kualiti Penjagaan Farmaseutikal terhadap pesakit melalui aktiviti saringan, interpretasi dan penyimpanan data pesakit.
- Farmasi Klinikal
Unit Farmasi sentiasa berusaha untuk meningkatkan aktiviti klinikal dengan menyediakan seorang pegawai sepenuh masa bermula September 2010. Antara skop aktiviti ini ialah:
i. Pengambilan sejarah ubatan yang diambil bagi pesakit yang dimasukkan ke dalam wad- CP1
ii. Pemantauan terhadap pesakit didalam wad – ( ‘Clerk Case’ )-CP2
iii. Intervensi dari segi kesesuaian regimen dan preskripsi pesakit- CP 3
- Laporan ADR dan Aktiviti Drug Info
Masih tiada pegawai yang khusus bagi aktiviti ini dan pengumpulan data secara kolektif bagi unit Farmasi Pesakit Luar, Farrmasi Bekalan Wad dan Farmasi Satelit
- Stor Perubatan
Aktiviti utama yang dijalankan oleh Stor Perubatan adalah:
- Perolehan ubat-ubatan dan peralatan perubatan.
- tender KKM
- kontrak kerajaan
- pembukaan sebutharga
- Pembekalan ubat-ubatan dan alat perubatan kepada unit pengguna.
Di samping aktiviti pembelian ubat, aktiviti perolehan, pengurusan stor sangat terikat dengan Tatacara Pengurusan Stor
3 kajian yang melibatkan pelbagai kategori ada dijalankan di unit farmasi
i. Inovasi – Sistem pengkalan data E-preskripsi
ii. Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) – Penyimpanan Ubat Pesakit di wad yang kurang bersistematik
iii. QAP – ‘To Improve appropriateness of Therapeutic Drug Monitoring