Pengenalan
Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Bahagia Ulu Kinta diwujudkan untuk menyediakan dan memberikan perkhidmatan bantuan praktik dan terapi sokongan kepada pesakit dalam dan pesakit luar. Ianya bagi membantu menangani pelbagai masalah sosial dan kebajikan pesakit yang dirujuk untuk memudahkan untuk memudahkan pakar atau pegawai perubatan memberi rawatan dan pemulihan ke atas pesakit.
VISI
Meningkatkan keyakinan dan keupayaan pelanggan untuk kembali berfungsi dalam masyarakat melalui perkhidmatan psikososial.
MISI
Memberikan perkhidmatan psikososial yang berkualiti dan professional.
OBJEKTIF
1. Menyediakan perkhidmatan kepada pesakit-pesakit yang memerlukan sokongan psikososial dan penilaian sosio-ekonomi ke arah pemulihan dan peningkatan kefungsian sosial mereka demi kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat.
2. Membantu pesakit mencapai kefungsian pemulihan yang optimal dan kembali menjadi anggota masyarakat yang berdikari sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya.
PIAGAM PELANGGAN
1. Kes pesakit luar akan dilihat pada hari yang sama dirujuk.
2. Kes pesakit dalam yang dirujuk dan lengkap dengan dokumen akan diambil tindakan dalam tempoh 2 hari bekerja. Maklumat / pelan tindakan berkenaan perkhidmatan dan bantuan yang dipohon akan dimaklumkan kepada pelanggan.
3. Tindakan / rancangan yang diambil oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan / Pen Pegawai Pembangunan Masyarakat akan dimaklumkan kepada pegawai perujuk dalam tempoh 3 hari bekerja