Ikuti kami
A- A A+

theme blue theme green theme orange theme red

 

 1. Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan?   

Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan. 


2. Berapakah caj kemasukan @ cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara ?

Sila rujuk Lampiran


3. Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil hospital ?

Pemegang kad bantuan Kebajikan masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kaki tangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan.


4. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran ?

Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL)


5. Bilakah masa melawat?

Isnin - Jumaat : 12.30 tengahari - 2.00 petang & 4.30 petang - 7.00 malam

Hujung Minggu & Hari Kelepasan Am: 12.30 tengahari - 7.00 malam

** Pelawat dikehendaki mengambil pas pelawat di Pondok Keselamatan Pintu Masuk Utama HBUK.


6. Adakah pihak Hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris?

Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital


7. Bilakah masa operasi Klinik Pakar?

Isnin - Jumaat :- 8.00 pagi - 5.00 petang

                         - (Rehat: 1.00 petang - 2.00 petang)

                             - Masa pendaftaran : 7.30 pagi - 12.30 tengahari dan 1.30 petang - 4.30 petang.

Hujung Minggu & Hari Kelepasan Am: Tutup

** Pesakit/Waris dikehendaki mengambil pas di Pondok Keselamatan Pintu Masuk Utama HBUK.


 


Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox, Safari dan Google Chrome terkini.
Paparan responsif mengubah rekabentuk tapak web berdasarkan resolusi skrin.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Hospital Bahagia Ulu Kinta tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada portal ini.
Copyright © 2021 Hospital Bahagia Ulu Kinta