Unit Psikologi Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) dengan kerjasama Pegawai Psikologi Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Persatuan Pegawai Psikologi Kementerian Kesihatan Malaysia (PSIKEM) dan Persatuan Kaunselor Penyalahgunaan Dadah (MADAC) telah berjaya menganjurkan PERSIDANGAN PSIKOLOGI KESIHATAN NEGERI PERAK (PSIKPER 2024) seperti butiran berikut:
Tarikh : 24 dan 25 Julai 2024
Tema : Shaping Adolesces Toward Excellence: Enhance Resiliency, Embrace Change
Tempat : Dewan Bahagia Hospital Bahagia Ulu Kinta
Dirasmikan :
Timbalan Pengarah (Perubatan) Jabatan Kesihatan Negeri Perak
Dr Roniyuzam bin Abdul Malek
Persidangan ini merupakan medan perkongsian pengetahuan di antara para peserta yang hadir bersama mereka yang pakar di dalam bidang masing-masing.
Seramai 250 peserta daripada seluruh Malaysia telah menyertai Persidangan ini.
Penyertaan ini adalah terdiri daripada pasukan multidisplin yang terdiri daripada Pakar Perubatan Keluarga, Pakar Psikiatri, Pegawai Perubatan, Pegawai Psikologi, kaunselor berdaftar, fisioterapi, jurupulih cara kerja, jururawat, wakil NGO dan pelbagai agensi kerajaaan.
Pengisian tahun ini adalah lebih padat dan bermanfaat kepada pengamal kesihatan mental . Perincian persidangan merangkumi :
3 Ucaptama
1 Senaman mindfullness
4 Pembentangan kes daripada Pegawai Psikologi Kaunseling
4 Bengkel selari yang dijalankan oleh penceramah yang arif dan hebat dalam bidang Psikologi
Disini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada :
1. Pengarah HBUK - Dr Yusni bt Yusuff
2. Barisan Timbalan Pengarah, Pakar Psikiatri dan juga Ketua-ketua Unit HBUK
3. Jawatan Kuasa Pegawai Psikologi Kaunseling KKM
4. EXCO Tertinggi PSIKEM
5. EXCO Tertinggi MADAC
6. EXCO Tertinggi PERKAMA
7. Barisan AJK Persidangan yang terdiri daripada staff HBUK dan
Pegawai Psikologi Perak yang telah menjadi tulang belakang dalam kejayaan Persidangan Psikologi Kesihatan NEGERI PERAK PSIKPER 24 ini.
Berikut adalah berapa video dan gambar untuk perhatian semua.
Hasil ikhlas daripada:
Pengarah Persidangan PSIKPER 24
Lee Boon Hock