my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Soalan Lazim

1.Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan kepakaran ?  
Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.

2.Berapakah caj kemasukan @ cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara ?
Bagi warganegara wang cagaran  berbeza mengikut disiplin. RM 30 untuk kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 15 bagi kes Sakit Puan. Manakala bagi bukan warganegara RM 1100 bagi kes Perubatan atau Pembedahan  dan RM 800 bagi kes Sakit Puan.

3.Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil hospital ?
Bagi semua kes penyakit berjangkit : ianya adalah percuma bagi mereka berpendapatan bawah RM 300, pemegang kad bantuan Kebajikan masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kaki tangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan.

4.Apakah penyakit yang dikecualikan bayaran wad?
Penyakit yang dikecualikan bayaran wad ialah kanser,kusta dan mycobacterium tuberculosis.

5.Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran ?
Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL)

6.Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan ?
Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan ( di jalan raya / di tempat kerja / domestik ) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.

7.Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?
Ya. Ibu/bapa/penjaga jika pesakit kanak-kanak, Manakala pesakit dewasa Cuma mereka yang tenat sahaja dan penjaganya mestilah sama jantina   

8.Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris?
Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital

9.Bagaimana hendak membuat aduan?
Buat temujanji untuk berjumpa dengan Pengarah Hospital di Unit Pentadbiran Hospital,atau e-mail ke alamat: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

googlemap1

HOSPITAL KAMPAR
Jalan Hospital
31900 Kampar, Perak Darul Ridzuan

  05-4653333
   pengarah_hkampar@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

Hari Ini: 13
Jumlah Keseluruhan: 35,047

Latest Update

  • Tarikh kemaskini: 08 December 2025.

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video