Bantuan Penggunaan Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Perak

Bagi membantu pengguna melayari Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Perak, disertakan senarai bantuan seperti berikut :

  1. ‘W3C Disability Access’
  2. Kod QR (Quick Response Code)
  3. RSS (Really Simple Syndication)
  4. Rekabentuk Responsif dan ‘Web Mobile’

Keterangan setiap bantuan adalah seperti di bawah :

1) W3C Disability Access

Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Perak menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access. Di antaranya adalah seperti berikut:

Pengguna cacat penglihatan

Bagi pengguna cacat penglihatan, panduan penggunaan W3C adalah seperti berikut:

  1. Dapatkan IE Page Reader. ( Dapatkan IE Page Reader di sini. )
  2. Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakan Windows 2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini.
  3. Seterusnya, anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech engine. Speech engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain.


2) Ko
d QR (Quick Response Code)

Kod QR (singkatan daripada perkataan ‘Quick Response Code’) adalah cap dagang untuk jenis barcode matriks (atau dua dimensi kod bar) yang mula-mula direka untuk industri automotif di Jepun. Pengguna boleh melayari Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Perak menerusi telefon bimbit atau PDA (Smartphone) menggunakan kod QR seperti di bawah :

 

3) RSS (Really Simple Syndication)


RSS (singkatan daripada perkataan ‘Really Simple Syndication’) bertujuan untuk membantu pengguna mendapatkan maklumat terkini dengan lebih pantas dan berkesan. Klik di sini untuk dapatkan RSS Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

4) Web Mobile


Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Perak menyediakan aplikasi 'Web Mobile' merujuk kepada akses kepada ‘world wide web’, iaitu penggunaan perkhidmatan Internet berasaskan pelayar, dari peranti mudah alih seperti telefon bimbit atau PDA (Smartphone) yang disambungkan kepada rangkaian mudah alih atau lain-lain rangkaian ‘wireless’. Pengguna boleh melayari Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Perak menerusi telefon bimbit atau PDA (Smartphone) dengan melayari jknperak.moh.gov.my.


Cetak  
Image

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hospital Kuala Kangsar.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1328 x 768, pelayar Mozilla Firefox Terkini .

Kemaskini Terakhir : Selasa 31 Januari 2023, 02:03:20.

48318 (64)

Seksyen Orang Awam
Kemudahan Untuk Pelanggan Kami
Maklumat Am
Lain-Lain

Seksyen Swasta

Seksyen Warga HKK
PAUTAN PANTAS
SISTEM ONLINE
Perkhidmatan Atas Talian
  • SiSPAA - Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
  • MYCPD  - Online Monitoring Of Continuing Professional Developemet
  • ePatuh - Sistem Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT
  • GPIS  - Government Procurement Information System
  • BPFK- Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan KKM
  • S3PK - Sistem Penilaian Prestasi Pengurusan Kewangan
  • e-Measles - Sistem Maklumat Siasatan Measles
  • Fosim Domestik- Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia Untuk Domestik
  • Portal HRMIS - Sistem  Maklumat Pengurusan Sumber Manusia
  • NDR - National Diabetes Registry
Penerbitan
Khidmat Kaunseling
Perkhidmatan Kaunseling di Unit Fisioterapi
diadakan pada setiap hari ( Isnin - Jumaat)
Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian
05-7763333 sambungan 606

Memberi perkhidmatan konsultasi diet/sokongan
pemakanan (Nutrition Support) bagi pesakit dalam
dan luar. Konsultasi juga dijalankan secara berkumpulan
bagi pesakit luar. Unit Dietetik & Sajian juga memberi
pendidikan dietetik kepada komuniti.

Kaunseling ubat-ubatan di Farmasi Pesakit Luar meripakan
aktiviti profesional yang dijalankan oleh Pegawai Farmasi untuk
menambah pengetahuan pesakit dalam rawatan farmakoterapi
dan meningkatkan komplians terhadap pengubatan pesakit.
SeksyenMediaKesihatan
SeksyenPautanPantas
SeksyenIntranet
Kemudahan Fasiliti
SeksyenDataTerbuka

Apa Itu Data Terbuka

Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif Kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka Kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan Kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan Negara lain dalam inisiatif Kerajaan Digital. Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah mengambil tindakan mengenalpasti set data bagi pelaksanaan data terbuka dalam setiap perkhidmatan jabatan.

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat :

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

Data Terbuka Jabatan Kesihatan Negeri Perak - klik sini

Kalendar Aktiviti
No events
Tender & Sebutharga