APAKAH MAKSUD HOSPITAL KLUSTER?Hospital Kluster merupakan inisiatif yang telah dikenalpasti untuk pelaksanaan di bawah program Transformasi Sistem Kesihatan. lnisiatif ini merupakan salah satu inisiatif berimpak tinggi bagi Transformasi Perkhidmatan Awam yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Hospital Kluster melibatkan kolaborasi beberapa hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berpakar dan tanpa pakar yang terletak di dalam negeri yang sama dan kawasan geografi yang berdekatan di mana hospital-hospital ini selaras dari segi aliran perkhidmatan dan pesakit. "MERAKYATKAN PERKHIDMATAN PERUBATAN KEPAKARAN" |
MISI HOSPITAL KLUSTERKomited dalam melaksanakan penyampaian perkhidmatan secara menyeluruh dan berkualiti dengan kos yang berpatutan melalui perkhidmatan yang disepadukan berdasarkan keperluan dan kehendak komuniti setempat bagi meningkatkan kemudahan mendapatkan rawatan yang lebih saksama. |
|
VISI HOSPITAL KLUSTERHospital Kluster adalah gabungan hospital-hospital bagi membentuk satu organisasi yang sentiasa bekerjasama untuk meningkatkan kualiti dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kesihatan berfokuskan keperluan dan kehendak komuniti setempat. |
OBJEKTIF HOSPITAL KLUSTER1. Meningkatkan peluang mendapatkan kemudahan perkhidmatan kepakaran yang lebih saksama dan "berdekatan dengan rumah" kepada masyarakat tempatan. 2. Mengukuhkan pelaksanaan pengurusan kewangan melalui perkongsian dan pengoptimuman sumber-sumber di hospital hospital di dalam Kluster bagi meningkatkan kualiti penjagaan perkhidmatan. |
|
Hakcipta Terpelihara © 2022 Hospital Kuala Kangsar.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1328 x 768, pelayar Mozilla Firefox Terkini .
Kemaskini Terakhir : Rabu 29 Mei 2024, 09:14:52.
100037 (37) |