|
HOSPITAL KUALA KANGSAR Hospital Kuala Kangsar merupakan hospital daerah yang terletak di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak. Hospital ini telah dijadikan Hospital Kluster kepada Hospital Taiping (Hospital Kluster Perak Utara - HKPUTRA) pada bulan Julai 2018. Dibawah Program Hospital Kluster ini, Hospital Kuala Kangsar telah mendapat mandat bagi menempatkan pesakit yang stabil dari Hospital Taiping untuk meneruskan rawatan di sini.
* Hospital Taiping (37 km) * Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh (41km) |