UNIT FARMASI
 
 

Perkhidmatan Farmasi dan Bekalan merupakan antara salah satu perkhidmatan sokongan klinikal yang bertanggungjawab dalam memastikan pesakit menerima bekalanu bat-ubatan yang betul dan selamat.Disamping turut membekalkan peralatan pakai buang dan ‘consumbles’ kepada semua unit yang terdapat di Hospital Kuala Kangsar.

Unit Farmasi dan Bekalan terdiri daripada tiga sub-unit yang berbeza iaitu:

  1. Farmasi Logistik
  2. Farmasi Pesakit Luar
  3. Farmasi Bekalan Wad

FUNGSI UNIT

 FARMASI LOGISTIK

  • Menguruskan perolehan ubat-ubatan dan bukan ubat yang akan dibekalkan kepada semua unit pemesan mengikut jadual pungutan yang ditetapkan.
  • Melakukan proses penerimaan, penyimpanan dan pengeluaran stok ubat dan bukan ubat.
  • Mengendalikan barangan bertarikh luput dan lambat bergerak.
  • Melaksanakan pelupusan dan pemeriksaan stok.
  • Mengendalikan aduan produk dan panggil balik produk.

 FARMASI PESAKIT LUAR

  • Menguruskan pembekalan ubat kepada pesakit yang telah mendapat rawatan dari pegawai perubatan dari hospital ini ataupun rujukan dari hospital lain.
  • Memberikan perkhidmatan kaunseling kepada pesakit yang memerlukan khidmat nasihat mengenai ubat-ubatan yang diambil.
  • Menjalankan aktiviti prabungkusan bagi bekalan ubat jenis tablet.

 FARMASI BEKALAN WAD

  • Menguruskan pembekalan ubat melalui inden stok wad, unit of use dan unit of dose kepada pesakit dalam wad dan discaj.
  • Membuat persediaan galenikal bagi bekalan pesakit dalam dan luar.
  • Menjalankan aktiviti prabungkusan bagi sediaan internal dan eksternal.

 

 

 


Cetak  
Image

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hospital Kuala Kangsar.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1328 x 768, pelayar Mozilla Firefox Terkini .

Kemaskini Terakhir : Selasa 31 Januari 2023, 02:03:20.

48318 (64)

Seksyen Orang Awam
Kemudahan Untuk Pelanggan Kami
Maklumat Am
Lain-Lain

Seksyen Swasta

Seksyen Warga HKK
PAUTAN PANTAS
SISTEM ONLINE
Perkhidmatan Atas Talian
  • SiSPAA - Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
  • MYCPD  - Online Monitoring Of Continuing Professional Developemet
  • ePatuh - Sistem Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT
  • GPIS  - Government Procurement Information System
  • BPFK- Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan KKM
  • S3PK - Sistem Penilaian Prestasi Pengurusan Kewangan
  • e-Measles - Sistem Maklumat Siasatan Measles
  • Fosim Domestik- Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia Untuk Domestik
  • Portal HRMIS - Sistem  Maklumat Pengurusan Sumber Manusia
  • NDR - National Diabetes Registry
Penerbitan
Khidmat Kaunseling
Perkhidmatan Kaunseling di Unit Fisioterapi
diadakan pada setiap hari ( Isnin - Jumaat)
Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian
05-7763333 sambungan 606

Memberi perkhidmatan konsultasi diet/sokongan
pemakanan (Nutrition Support) bagi pesakit dalam
dan luar. Konsultasi juga dijalankan secara berkumpulan
bagi pesakit luar. Unit Dietetik & Sajian juga memberi
pendidikan dietetik kepada komuniti.

Kaunseling ubat-ubatan di Farmasi Pesakit Luar meripakan
aktiviti profesional yang dijalankan oleh Pegawai Farmasi untuk
menambah pengetahuan pesakit dalam rawatan farmakoterapi
dan meningkatkan komplians terhadap pengubatan pesakit.
SeksyenMediaKesihatan
SeksyenPautanPantas
SeksyenIntranet
Kemudahan Fasiliti
SeksyenDataTerbuka

Apa Itu Data Terbuka

Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif Kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka Kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan Kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan Negara lain dalam inisiatif Kerajaan Digital. Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah mengambil tindakan mengenalpasti set data bagi pelaksanaan data terbuka dalam setiap perkhidmatan jabatan.

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat :

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

Data Terbuka Jabatan Kesihatan Negeri Perak - klik sini

Kalendar Aktiviti
No events
Tender & Sebutharga