UNIT PATOLOGI |
Unit Patologi menyediakan perkhidmatan diagnostik patologi yang merupakan perkhidmatan sokongan yang sangat penting untuk rawatan pesakit. Keputusan makmal yang tepat adalah amat penting dalam memastikan ketepatan diagnostik dan rawatan. Oleh itu, kualiti perkhidmatan makmal mesti sentiasa dipantau supaya ketepatan ujian makmal yang dijalankan adalah terjamin. FUNGSI UNIT Perkhidmatan diagnostik Unit Patologi Hospital Kuala Kangsar merangkumi patologi kimia, hematologi, mikrobiologi dan transfusi darah. Disamping itu, unit ini juga berperanan penting dalam pengutipan darah daripada orang awam melalui kempen menderma darah secara “walk-in” atau secara bergerak. |