Panduan Pelawat Hospital
Panduan Pelawat Hospital
Selari dengan perkembangan semasa Covid-19, Pengurusan HPB bersetuju untuk mengguna pakai Polisi Lawatan untuk Penjaga dan Pelawat Di Hospital KKM Semasa Covid-19.
Kategori Pesakit
Hanya beberapa kategori pesakit boleh ditemani oleh penjaga atau melawat pesakit, iaitu:
- pesakit yang menghidap penyakit kritikal;
- pesakit yang memerlukan penjagaan palliatif;
- pesakit yang tenat (end of life);
- pesakit kurang upaya;
- pesakit warga emas;
- pesakit yang memerlukan bantuan komunikasi;
- pesakit kanak-kanak; dan
- ibu di dalam proses bersalin.
Kriteria Pelawat dan Penjaga
Pelawat atau penjaga yang dibenarkan untuk melawat dan menjaga pesakit mestilah:
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Telah lengkap vaksinasi COVID-19;
- Tidak tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 (contoh: warga tua, mempunyai pelbagai komorbiditi atau sistem imuniti yang lemah);
- Tidak disyaki menghadapi COVID-19 atau individu dalam pemantauan (PUS); dan
- Tidak mempunyai gejala COVID-19.
- Mengisi borang deklarasi COVID-19 serta mematuhi SOP dan memakai alat pelindung diri (PPE) seperti yang ditetapkan.
PELAWAT DI WAD PESAKIT COVID-19
- Tiada pelawat dibenarkan bagi pesakit COVID-19, kecuali bagi pesakit yang sedang tenat (end of life) samada pesakit di wad atau di Unit Rawatan Rapi di mana seorang pelawat sahaja dibenarkan pada satu-satu masa.
- Bagi tujuan menemani pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke wad, hanya seorang penjaga sahaja dibenarkan untuk menemani pesakit. lni terhad kepada pesakit kanak-kanak atau pesakit yang memerlukan bantuan penjagaan khusus.
Waktu melawat pesakit di wad.
Isnin-Jumaat
Sesi Pagi: 12.30 tengahari -2.00 petang
Sesi Petang: 4.30 petang – 7.00 petang
Sabtu - Ahad/ Hari Kelepasan Am
Sesi Pagi/Petang : 12.30 tengahari -7.00 petang
Pelawat dan penjaga boleh merujuk POLISI LAWATAN UNTUK PENJAGA DAN PELAWAT DI HOSPITAL KKM SEMASA COVID-19
Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu di mana risiko penularan COVID-19 adalah tinggi seperti berlakunya wabak COVID-19 di hospital, pihak hospital boleh melakukan beberapa pengubahsuaian kepada polisi yang sedia ada bagi menjamin kesihatan dan keselamatan semua pihak.
RUJUKAN PESAKIT DARI LUAR DAN DOKUMEN DIPERLUKAN
Sila bawa bersama dokumen-dokumen berikut semasa datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan:
- Kad Pengenalan / Surat Beranak / Pasport
- Kad Pesara
- Surat Sekolah (jika berkenaan)
- Surat Rujukan Daripada Doktor
- Surat Jaminan / Wang Untuk Bayaran Deposit atau Perkhidmatan

HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI)
Merupakan program di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu satu konsep yang digunakan dalam pengurusan hospital untuk mencapai nilai-nilai kecemerlangan dan jati diri pada kakitangan hospital serta memfokuskan kepada kesejahteraan pelanggan melalui penerapan dan penghayatan ibadah semasa dan selepas mendapat rawatan.
Hospital Mesra Ibadah bertujuan untuk memberi kesedaran melalui pendidikan pesakit dan keluarga supaya sentiasa mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.
Hospital Mesra Ibadah selepas ini disebut HMI yang mana menekankan konsep sakit bukan alasan dan halangan di dalam melakukan aktiviti yang berkait rapat dengan ibadah.



