
6 Mac 2026 – Telah berlangsung Ceramah Agama: Islah Diri Sebelum Ramadhan Berlalu yang diadakan di Dewan Seminar, Hospital Seri Iskandar (Aras 3) pada jam 3.00 petang.
Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Haizat bin Kamaruddin, yang berkongsi pengisian bermakna berkaitan kepentingan memperbaiki diri serta meningkatkan amalan sebelum berakhirnya bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Program ini merupakan anjuran Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI) dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KERISDAR) Hospital Seri Iskandar, dan mendapat sambutan yang baik daripada warga hospital yang hadir bagi menghayati pengisian rohani sepanjang bulan Ramadan.
Semoga program seperti ini dapat terus memberi manfaat serta menjadi pengisian yang memperkukuh nilai kerohanian dalam kalangan warga kerja hospital.


